Home / Berita Terkini / EXTREME JITRA Tingkatkan Keseronokan dan Kemeriahan Peminat Sukan Lasak

EXTREME JITRA Tingkatkan Keseronokan dan Kemeriahan Peminat Sukan Lasak

photo-1-at-the-start-line-copy

JITRA, KEDAH 17 September 2016 – Lebih daripada 500 peserta menyertai BDB Extreme Jitra 2016 yang buat pertama kalinya diadakan di sini, hari ini. Bandar Jitra yang biasanya tenang dihidupkan dengan kemeriahan api, dinding, tali, ais, terowong, tayar dan lumpur yang membawakan 10 halangan buatan manusia dan semulajadi di Tasik Darulaman, gelanggang acara tersebut. Sirkit sepanjang 7km itu menguji tahap ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.

photo-2tyre

BDB Extreme Jitra merupakan cabaran berhalangan yang pertama di negeri Kedah yang memaparkan halangan-halangan berbeza yang terdiri daripada pendakian dinding, merangkak melalui halangan lumpur, dan berhayun di antara halangan. Para peserta telah dilepaskan secara berperingkat-peringkat setiap 20 minit oleh Dato Izham Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman, pada acara pagi ini.

photo-3-monkey-bar

BDB Extreme Jitra merupakan bahagian kedua daripada tiga siri acara di bawah jenama BDB Triple Challenge 2016. Ianya bertujuan untuk menarik peminat larian, pendakian , dan juga penggemar aktiviti kesihatan daripada dalam dan luar negara untuk menikmati tarikan indah yang ditawarkan di negeri Kedah semasa mengambil bahagian dalam acara bertaraf dunia sempena Discover Kedah 2016.

BDB Climb and Run Langkawi telah memberikan peserta peluang untuk meneroka daerah Langkawi yang berbeza sementara BDB Extreme Jitra dan BDB Marathon Jitra akan menyaksikan peserta berlari, memanjat dan melalui halangan di tengah-tengah negeri Kedah.

photo-7

“Sebagai sebuah organisasi korporat , kami ingin masyarakat mengambil bahagian dalam sebuah siri acara yang mencabar dan aktiviti riadah yang menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat. Selepas menganjurkan BDB Climb and Run Langkawi, penggemar sukan lasak di Malaysia meletakkan harapan yang tinggi kepada BDB Triple Challenge 2016 kerana mereka telah mengetahui bahawa kita pernah menganjurkan acara yang berkaliber tinggi dan menyeronokkan. Oleh itu, BDB Extreme Jitra benar-benar mahu memberikan peserta kami keseronokan dan cabaran untuk membawa mereka ke tahap yang lebih ekstrim, ” kata Dato ‘ Izham.

photo-5-dato-izham

BDB Extreme Jitra telah dilahirkan untuk melanjutkan pengalaman BDB Triple Challenge 2016 dari Langkawi ke tanah besar Kedah supaya peserta dan pelawat mendapat peluang untuk menerokai keajaiban dan rahsia yang Kedah tawarkan. Sebagai menyokong usaha kerajaan negeri Kedah dalam mempromosikan pelancongan negeri ini, Bina Darulaman Berhad mengambil langkah menganjurkan acara-acara sukan ini untuk memeriahkan lagi kempen Discover Kedah 2016.

Peserta, Hisham Noh, 27 yang baharu pulang dari menyertai Marathon Sungai Kwai di Thailand tiba dari Kuala Lumpur untuk menyertai acara ini berkata, “Saya pernah menyertai acara seperti ini di sekitar rantau Asia dan boleh dikatakan acara Extreme Jitra ini telah dikelolakan dengan baik dengan pelan larian dan halangan yang setanding dengan acara berhalangan yang terbaik yang telah saya sertai. Halangan-halangannya sangat mencabar dan kami seronok menguji ketahanan mental dan tahap kecergasan fizikal kami”.

photo-6

“Extreme Jitra telah memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk menerokai keindahan negeri Kedah. Ini merupakan suatu acara percutian larian yang hebat bagi kami bermula dari perjalanan darat dari Pulau Pinang ke Jitra. Saya berasa gembira acara ini dianjurkan di Kedah kerana banyak acara-acara larian lain telah diadakan jauh dari kami”, kata Josephine, 32 dari Pulau Pinang.

BDB Climb and Run Langkawi yang telah berlangsung pada 4 Jun 2016 menyaksikan 300 peserta mendaki Tangga Helang Seribu Kenangan setinggi 3.1km sebelum berlari menuruni bukit sepanjang 15km untuk sampai ke garisan penamat manakala acara marathon yang pertama kali diadakan , BDB Marathon Jitra pula akan melengkapkan BDB Triple Challenge 2016 pada 12 November 2016. Acara larian yang dibahagikan kepada empat kategori 42km , 21km , 10km dan 5km , menjangka menarik lebih 1000 pelari, dengan gabungan jalan rata dan bukit-bukau dimana pelari-pelari akan dapat menikmati pemandangan sawah padi dan mengalami suasana luar bandar yang indah di Jitra serta bahagian-bahagian lain di Kedah.

photo-4-fire-jump

Dikenali sebagai “Jelapang Padi Malaysia”, negeri Kedah Darul Aman menawarkan keindahan alam semulajadi yang terdiri daripada gunung batu kapur yang menakjubkan, serta hutan khatulistiwa dan keheningan sawah padi yang sungguh tenang. Seiring dengan kempen “Discover Kedah 2016” juga, pelbagai aktiviti sudah dirancang sepanjang tahun. Pesta buah-buahan, aktiviti kesenian dan kebudayaan, sukan bermotor, festival permainan tradisional adalah antara acara yang bakal menarik minat pengunjung dan pelancong tempatan dan antarabangsa.

“Kedah mempunyai keunikkan budaya dan nilai sejarah yang cukup kaya serta merupakan salah satu tamadun tertua di Asia Tenggara. Budaya masyarakat tempatan yang warnawarni serta keindahan alam semulajadi merupakan bonus tambahan untuk para pelawat dan peserta –peserta BDB Triple Challenge 2016,” tambah Dato’ Izham lagi.

Acara BDB Triple Challenge 2016 dijangka akan meningkatkan industri pelancongan negeri Kedah, pertumbuhan ekonomi dan juga membuka peluang kepada peniaga tempatan serta usahawan kecil dan sederhana di Kedah. Ia adalah acara yang dianjurkan buat pertama kali oleh minds@work dengan kerjasama Bina Darulaman Berhad sebagai penaja utama.

Maklumat lanjut mengenai BDB Triple Challenge 2016, boleh didapati di www.facebook.com/bdbtriplechallenge2016 dan Instagram: @bdbtriplechallenge2016. Untuk senarai penuh aktiviti sempena kempen “Discover Kedah 2016 layari www.discoverkedah.my

Check Also

Acara ASICS META: Time : Trials Thailand Berakhir Dengan Meriah

Share this on WhatsApp Acara ASICS META : Time : Trials Thailand 2024 berakhir dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!