Nyaman, selesa dan bergaya, Superdry Sport kini boleh didapati buat pertama kalinya di Malaysia. Kepada yang ingin bergaya ketika bersenam, anda pasti akan menghargai fabrik hi-tech Superdry yang telus udara dan menampilkan warna-warna kegemaran musim ini. Fabrik yang menyerap peluh digunakan untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai agar kekal nyaman walaupun dalam keadaan senaman yang berat.
Seperti setiap koleksi Superdry yang lain, perhatian yang tinggi diberikan kepada kualiti dan perincian. Jahitan pemantul cahaya (reflective stitch), cetakan grafik berkilat, fabrik sentuhan lembut (super soft touch) dan poket berzip memberikan penampilan sukan yang canggih dan berprestasi tinggi.
Jom kita lihat koleksi musim luruh/ sejuk 2016 Superdry Sport yang boleh didapati untuk lelaki dan wanita.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
http://www.superdry.com/sport
https://www.facebook.com/OfficialSuperdryMalaysia/