Home / Umum / RUN for NATIONAL UNITY 2016 7K, 5K, 3K

RUN for NATIONAL UNITY 2016 7K, 5K, 3K

Poster - 1

HELP University dan Malay Mail bakal menganjurkan acara RUN for NATIONAL UNITY 2016 pada 16 September 2016 sempena Hari Malaysia.

Acara yang diadakan buat pertama kalinya bakal bermula pada jam 7.30 pagi, 16 September di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Acara larian ini bukan sahaja bertujuan untuk memupuk perpaduan kebangsaan dn harmoni tetapi juga menjana dana bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, tanpa mengira bangsa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Larian dibahagi kepada enam kategori:

  • Lelaki Terbuka: 7km
  • Wanita Terbuka: 7km
  • Muhibbah (4 dewasa dalam kumpulan dengan sekurang-kurangya seorang Melayu, seorang Cina dan seorang India): 5km
  • Keluarga (2 dewasa, dan 1 – 3 kanak-kanak): 5km
  • Korporat (4 pelari): 5km
  • OKU: 3km

Larian bakal dilangsungkan di bawah peraturan Malaysian Athletics Federations (MAF) dan sokongan teknikal daripada Federal Territory Amateur Athletic Association (FTKLAA).

 

goodie-bag-min

Para peserta yang Berjaya menamatkan larian bakal menerima pingat penamat, siji penyertaan di garisan penamat. Kudapan juga akan disediakan. Selain daripada menerima kemeja-T dan beg goodie, para peserta juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik di dalam acara cabutan bertuah selepas larian.

Pelbagai acara hiburan juga bakal disediakan.

prize2-min