Home / Artikel Menarik / PLANTAR FASCIITIS: Perit di Tumit dan Tapak Kaki Selepas Berlari

PLANTAR FASCIITIS: Perit di Tumit dan Tapak Kaki Selepas Berlari

Saya teringat pernah satu ketika saya baru habiskan 10km saya dengan catatan masa terbaik. Malam itu saya balik tersenyum riang. Keesokan paginya saya bangun dari tidur tiba-tiba tumit saya sangat sakit apabila tapak kaki menyentuh lantai.

Ini mesti plantar fasciitis, fikir saya dalam hati. Plantar fascitis merupakan salah satu kecederaan yang sering dialami oleh pelari-pelari, baik pelari rekreasi, pelari profesional mahupun pelari ultra marathon. Empat hingga sepuluh daripada 100 pelari ada mengalami keadaan ini. Malah sepuluh daripada 100 ultramarathoner turut mengalami masalah ini.

APA ITU PLANTAR FASCIITIS?
Plantar fascitis adalah radang pada lapisan tisu yang ada di tapak kaki. Ia biasanya digambarkan dengan rasa sakit yang tiba-tiba terutama ketika hendak memulakan untuk berjalan atau berlari. Kadang kala ia juga boleh datang dengan lebam dan merah di tapak kaki.

SIAPA YANG LEBIH MUDAH MENDAPAT PLANTAR FASCIITIS?
Pelari-pelari yang cenderung mendapat plantar fasciitis adalah mereka yang salah latihan: terlalu cepat tingkatkan jarak atau terlalu cepat tingkat kelajuan atau pace. Ia mungkin juga sisebabkan oleh masalah biomekanikal: kelemahan atau kurang fleksibel otot yang menyokong buku lali atau permukaan tapak kaki. Masalah ini juga lebih ketara di kalangan mereka yang mempunyai berat badan yang tinggi. Ia juga mungkin disebabkan oleh kasut yang tidak sesuai.

RAWATAN
Plantar fasciitis boleh sembuh dengan sendirinya. Rawatan ais atau cryotheraphy boleh mengurangkan kesakitan. Senaman regangan dan taping dapat membantu mengurangkan kesakitan. Sekiranya sakit berterusan atau menganggu pergerakan, silalah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut (memastikan bukan stress fracture, ubat tahan sakit, suntikan steroid mahupun pembedahan)

PENCEGAHAN
1) Kurangkan berat badan

2) Pilih kasut lari dengan cushioning yang bersesuaian dengan jenis kaki

3) Selang selikan larian dengan rehat, aktiviti kurang impak (berenang, berbasikal)

4) Lakukan senaman regangan untuk menguatkan otot-otot yang menyokong buku lali dan tapak kaki

5) Tingkatkan jarak larian dan pace larian secara berperingkat

Saya sendiri perasan plantar fasciitis sudah tiada lagi setelah saya mulakan latihan ke arah half marathon saya. Sama ada kerana berat saya yang menurun waktu itu atau stretching saya menjadi atau otot yang menyokong sudah cukup fleksibel dan kuat atau mungkin kesemuanya sekali.

Semoga ia membantu rakan-rakan pelari yang mengalami masalah ini. Jangan putus asa ya!

Teks Oleh:
Dr. Fadly Khairie
Marathoner anda

Check Also

Acara ASICS META: Time : Trials Thailand Berakhir Dengan Meriah

Share this on WhatsApp Acara ASICS META : Time : Trials Thailand 2024 berakhir dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!