Shah Alam, 20 Ogos 2016 – Larian Malam Puma atau Puma Night Run yang dianjurkan oleh PUMA Malaysia buat kali ketiga mendapat sambutan luarbiasa daripada penggemar sukan berlari. Seramai 10,000 pelari mengambil bahagian di dalam acara yang diadakan di dataran Kemerdekaan Shah Alam menjadikannya acara terbesar di Malaysia dan juga di Asia Tenggara.
Laluan larian sejauh 10km tersebut direka untuk memberikan cabaran kepada pelari untuk membuat yang terbaik dengan menggabungkan laluan yang rata dan berbukit. Para pelari menguji ketahanan dan stamina diri apabila mereka berlumba di jalan-jalan Shah Alam, melepasi beberapa mercu tanda ikonik seperti masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang merupakan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara.
Dalam suasana karnival yang meriah, kelompok pertama pelari dilepaskan tepat jam 8 malam oleh Pengurus Besar PUMA Asia Tengara, Philippe LeBretton, diikuti dengan kelompok kedua pada jam 8.15 malam, dilepaskan oleh Ketua Pemasaran PUMA Asia Tenggara, Gabriel Yap.
Sebagai seorang pelari tegar, Le-Bretton masuk berlumba dengan pelari-pelari lain selepas perlepasan.
“Saya amat puas hati menjadi sebahagian daripada acara larian malam PUMA di Malaysia yang secara rasminya menjadi larian PUMA yang terbesar di Asia Tenggara,” katanya selepas larian.
Para pelari tiba seawall jam 5 petang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan di tapak PUMA. Antaranya adalah PUMA Red Wall, sebuah dinding halangan ala “American Ninja Warped Wall” yang menjadi kegemaran ramai.
Acara diteruskan selepas tamatnya larian dengan persembahan oleh penari B-boy Wakaka Crew, beatboxer Koujee dan kumpulan PsycuSix.
Puma juga menyediakan stor sementara di tapak acara untuk membolehkan orang ramai mencuba kasut lari baru Ignite Dual yang disyorkan oleh pelari pecut terpantas dunia, Usain Bolt.
Keputusan rasmi dan e-sijil boleh dimuat-turun di sini: https://mro.myraceonline.com/pnr16/registrations/result_check