Home / Artikel Menarik / CARA DELEVINGNE Wajah Kempen “DO YOU” PUMA

CARA DELEVINGNE Wajah Kempen “DO YOU” PUMA

16aw_cc_wmn_do-you_cara_170-065

Jenama sukan global, PUMA melancarkan kempen ‘DO YOU’ untuk mencetuskan keyakinan kaum wanita di mana sahaja. PUMA mengumumkan penglibatan model antarabangsa, pelakon dan aktivis Cara Delevingne. Beliau menyertai barisan selebriti PUMA yang berpengaruh seperti Rihanna.

16aw_cc_wmn_do-you_cara_180-125

Cara mempunyai ciri-ciri PUMA Woman. Beliau berani, sentiasa mencari cara baru untuk mengekspresikan diri. Cara bakal menterajui kempen yang juga menampilkan Mimi Staker dan Olivia Boisson dari New York City Ballet, atlet balapan Jerman Alexandra Wester dan Tatjana Pinto, dan pemain bola tampar Cuba Leila Consuelo Ortega Martinez dan Lianma Flores Stable.

16aw_cc_wmn_do-you_cara_180-269

“Pada saya‘DO YOU’ bermakna mengambil tanggungjawab tentang hidup sendiri, menerima apa kekurangan yang ada dan menjadikannya sebagai semangat untuk menjadi lebih berkuasa.” kata Cara.

16aw_cc_wmn_do-you_cara_150-087

Tujuan kempen ini adalah untuk memberikan motivasi kepada golongan wanita untuk hidup dengan cara tersendiri dan cekal mengatasi segala rintangan yang mendatang.

16aw_cc_wmn_do-you_cara_160_041-copy

Kempen ini diinspirasikan oleh Rihanna yang pernah berkata “Saya cabar diri saya untuk melakukan sesuatu, bukan untuk mendapat tidakbalas atau mencetus kontroversi. Saya mahu hidup dengan cara saya.”

16aw_cc_wmn_do-you_cara_160_060

Kempen ‘DO YOU’ bakal menampilkan produk dari pelbagai kategori mulai bulan ini sehingga bulan Disember dari koleksi larian (running) dan latihan (training). Cara bakal ditampilkan melalui iklan luar Untuk maklumat lanjut, sila layari PUMA.com. Ikuti juga @PUMAWomen dan @PUMA untuk kemas kini kempen tersebut.

Check Also

New Balance Fresh Foam X 1080v12 – Selesa & Berkusyen Maksimum

Share this on WhatsApp Kasut lari New Balance Fresh Foam X 1080 kini kembali dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!