Home / Berita Terkini / GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara Garmin Run Asia Series 2023 yang bakal dilangsungkan pada bulan Oktober dengan tema ‘Zero to Hero’ .

Acara larian ini bertujuan untuk membawakan pengalaman larian terbaik kepada para peserta dengan mencabar had mereka dan mendorong mereka untuk memecahkan rekod peribadi masing-masing.

Kini dalam tahun kedua, Garmin Run Asia Series 2023 akan diadakan pada 22 Oktober 2023 di Dataran Putrajaya. kategori perlumbaan ialah 5km, 10km dan 21km yang akan dilepaskan mulai jam 4 pagi.

“Kami teruja untuk menganjurkan satu lagi Siri Garmin Run Asia di Malaysia kerana kami percaya bahawa sukan ini semakin mendapat perhatian di kalangan rakyat Malaysia. Kami berhasrat untuk menggalakkan lebih ramai individu untuk menjaga kesihatan mereka dan memberikan prestasi yang lebih baik dengan setiap larian. Justeru, kami berharap dapat melihat lebih ramai pelari dapat memberi dorongan atau motivasi kepada diri mereka sendiri tanpa mengira tahap kemahiran larian mereka,” kongsi En. Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia.

Garmin Run Asia Series 2023 telah dibuka untuk pendaftaran mulai hari ini kepada orang ramai berumur 5 tahun ke atas bagi kategori 5km, 13 tahun ke atas bagi kategori 10km dan 18 tahun ke atas bagi kategori 21km. Peserta di bawah 17 tahun harus ditemani oleh seorang dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Senarai penuh yuran pendaftaran di bawah:

Untuk maklumat lanjut mengenai Garmin Run Asia Series 2023, layari https://www.garmin.com.my/event/2023/garmin-run/.

Check Also

LÉTAPE MALAYSIA oleh TOUR DE FRANCE Kembali dengan Kategori Perlumbaan Kompetitif Baharu

Share this on WhatsApp Johor Bahru, 10 Mei 2023 – Edisi kedua L’Etape Malaysia oleh …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!