Home / Artikel Menarik / ASICS GEL-KAYANO™ 29 – Pembaharuan untuk Larian Lebih Bertenaga

ASICS GEL-KAYANO™ 29 – Pembaharuan untuk Larian Lebih Bertenaga

Kasut lari ASICS yang ikonik dan menjadi kegemaran ramai, GEL-KAYANO™ kini kembali dengan iterasi ke-29. Kali ini, GEL-KAYANO™ 29 telah diperbaharui dengan teknologi baharu untuk menghasilkan kasut lari stabiliti premium dengan pengalaman berlari yang hebat.

Dengan teknologi ASICS terkini, GEL-KAYANO™ 29 adalah 10g lebih ringan daripada model yang sebelum ini. Ia juga menampilkan sensasi yang lebih bertenaga yang diberikan oleh daya kusyen FF BLAST™ PLUS di lapisan upper midsole (tapak tengah atas) bagi setiap langkah dalam larian si pemakai.

Sebagai pembaharuan, midsole (tapak tengah) juga menggunakan teknologi LITETRUSS™ di bahagian medial untuk mempertingkatkan stabiliti kasut dan membantu untuk mengurangkan pergerakan kaki “rolling” ke dalam semasa berlari. Ini dapat melindungi si pemakai daripada kecederaan dalam latihan panjang dan acara larian marathon.

Kasut ini juga menampilkan “heel counter” luaran yang berprofil rendah, untuk mendakap tumit dengan selesa bagi sokongan tambahan kepada kaki. Ciri signatur teknologi GEL™ di bahagian tapak belakang kasut memberikan daya kusyen yang mantap bagi menyerap hentakan ketika berlari.

Bahagian upper (atas) diperbuat daripada fabrik berteknologi knit yang berdaya regang, telus udara, dan menberikan sokongan kepada kaki.

GEL-KAYANO™ 29 merupakan teman berlari anda yang stabil dan sesuai dipakai untuk segala jenis rutin larian. Kasut ini telah direka cipta untuk memberikan pengalaman yang mewah dalam larian.

GEL-KAYANO™ 29 boleh didapati di Kedai ASICS Rasmi dan ASICS.COM mulai 29 Julai 2022 dengan harga RM699 sepasang.

Check Also

5 Sebab Anda Harus Jadikan Gold Coast Marathon Sebagai “Run-cation” Antarabangsa Pertama Anda Pasca-Pandemik!

Share this on WhatsApp Sempadan antarabangsa telah dibuka! Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan untuk run-cation …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!