Kasut lari New Balance Fresh Foam X 1080 kini kembali dengan iterasi terbaharu yang menampilkan Fresh Foam X, satu kombinasi yang sempurna dari segi daya kusyen dan respons untuk larian lebih jauh.
Upper:
Upper (bahagian atas) diperbuat menggunakan teknologi NB Hypoknit yang dicipta untuk memberikan daya regang dan sokongan pada tempat-tempat strategik yang diperlukan semasa pergerakan. Upper ini mendakap kaki seperti stokin dengan selesa dan rekaan tumit Ultra Heel memberikan stabiliti dan sokongan di bahagian belakang kaki.
NB Fresh Foam X 1080v12 menampilkan ruang jari kaki (toe box) yang besar – sesuai untuk mereka yang berkaki lebar.
Midsole:
Midsole (Tapak tengah) menampilkan Fresh Foam X yang direkacipta untuk memberikan daya kusyen ultra tanpa menambahkan berat kepada kasut. Daya kusyen yang lembut dan kenyal, tetapi terkawal, memberikan pulangan tenaga yang diperlukan untuk larian lebih jauh dan pantas. Tapak juga dilengkapi “flex zones” yang memberikan daya lentur untuk larian lebih lancar.
Outsole:
Tapak luar diperbuat daripada getah dengan ciri-ciri daya cengkam dan tidak mudah haus
NB Fresh Foam X 1080v12 juga memenuhi kriteria kelestarian alam New Balance, Green Leaf Standard yang mana upper diperbuat daripada 50% atau lebih bahan yang telah dikitar semula dan tapak diperbuat daripada sekurang-kurangnya satu bahan mesra alam – dengan 3% bahan bio-based atau 5% kitar semula.
Dari segi prestasi, NB Fresh Foam X 1080v12 merupakan kasut lari dengan daya kusyen maksimum yang ringan. Ia sesuai untuk digunakan untuk semua jenis larian sama ada untuk latihan harian atau hari perlumbaan.
Harga sepasang: RM 749 per pair