Home / Berita Terkini / 1000 peserta meriahkan acara fizikal MCIS Life-Malaysia Women Marathon 2022

1000 peserta meriahkan acara fizikal MCIS Life-Malaysia Women Marathon 2022

Petaling Jaya, 29 Mei 2022: MCIS Life-Malaysia Women Marathon 2022 (MCIS Life-MWM) hari ini menyaksikan 1,000 pelari wanita dan lelaki menikmati pengalaman acara sukan luar yang berjaya membuat kemunculan semula selepas dua tahun terhenti akibat pandemik.

Larian tahun ini dipecahkan kepada tiga siri bagi meraikan kejayaan genap sedekad MCIS Life-MWM. Maraton penuh dan separuh siri MCIS Life-MWM 2022 Petaling Jaya masing-masing telah dirasmikan pagi ini oleh Tuan Ragunath Murthy, Ketua Pengagihan dan Pemasaran MCIS Life, Puan Josephine Mary, Olahragawati Negara yang mewakili Malaysia di Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik dan YB Jamaliah Jamaluddin, ADUN Bandar Utama.

Ini adalah acara marathon kompetitif pertama yang kembali dengan hadiah wang tunai selepas pandemik Covid-19 dan walaupun jumlah pendaftaran sangat menggalakkan, ia terpaksa dihadkan oleh penganjur kepada maksimum 1,000 peserta sebagai langkah keselamatan pasca-Covid-19.

“Acara sukan fizikal ini dianjurkan dengan pematuhan ketat kepada SOP yang ditetapkan.

“Kehadiran serta semangat peserta hari ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia teruja untuk mencapai matlamat kecergasan mereka melalui acara yang membolehkan mereka menguji tahap ketahanan fizikal masing-masing,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan MCIS Life, Encik Prasheem Seebran.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Tuan Azrul Shah Bin Mohamad berkata mereka telah bekerjasama dengan MWM selama beberapa tahun bagi mempromosikan Selangor kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

“Pelancongan sukan adalah sebahagian daripada fokus kami dalam mempromosikan pelancongan domestik”.

“Tema acara MCIS Life-MWM ini adalah selaras dengan kempen “Pusing Selangor” kami di mana  pelancong tempatan digalakkan untuk meneroka tempat-tempat menarik di negeri ini,” katanya.

(Dari kiri): Madam Karen Loh, MWM founder and race director , Mr Ragunath Murthy, MCIS Life Chief Distribution and Marketing Officer, YB Maria Chin Abdullah, Member of Parliament for Petaling Jaya, Y.B. Tuan Hee Loy Sian, Selangor State’s Executive Council Member of Tourism and Environment, Tuan Mohamad Azhan Md Amir, Mayor of Petaling Jaya, Encik Azrul Shah Bin Mohamad, Tourism Selangor Chief Executive Officer, Puan Normala Latiff , City Community Director of Ipoh City Council, and Madam Josephine Mary, National Olympic and Commonwealth Games Athlete.

Buat julung-julung kali sempena ulang tahun ke-10,  peserta lelaki dibenarkan mendaftar bagi maraton tahun ini tanpa menjadi pacer untuk pelari wanita dan langkah itu telah memberi peningkatan kepada bilangan pendaftaran untuk kategori marathon separuh (21km) dan maraton penuh (42km) .

“Ini merupakan langkah penting dalam menandakan sejarah sedekad kami kerana lelaki memainkan peranan yang sama penting dalam isu kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita,” kata pengasas dan pengarah larian MWM, Puan Karen Loh.

“Matlamat untuk mengembangkan komuniti di mana wanita diperkasakan sama seperti lelaki adalah tanggungjawab bersama dan kami pastinya berbangga untuk menyumbang  ke arah keperluan global ini,” kata Loh dan Prasheem bersama-sama.

Setelah perlumbaan berakhir sekitar jam 9 pagi hari ini, peserta berikut muncul sebagai pemenang utama:

  • Johan bagi kategori Wanita Terbuka, Vet Wanita dan Lelaki bagi kategori Maraton Penuh (42km): Loh Chooi Fern, Ewe Bee Hong dan Muhaizar Bin Mohamad masing-masing
  • Juara marathon separuh (21km) kategori Wanita Terbuka, Vet Wanita dan Lelaki: Noor Amelia Bt Musa, Lee Siok Chin dan Elvis Kyalo Kisavi
  • Juara siri ini akan  mewakili Malaysia di Marathon Sydney pada 18 September di Hyde Park, Sydney, Australia

MCIS Life-MWM Siri Petaling Jaya adalah permulaan kepada siri seterusnya di Ipoh dan Iskandar Puteri, Johor, yang akan diadakan pada suku ketiga dan keempat tahun ini.

Acara berakhir penuh kemeriahan dengan upacara penyerahan bendera simbolik kepada Pengarah Komuniti Bandaraya Majlis Perbandaran Ipoh, Puan Normala Binti Latiff oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Mohamad Azhan Md Amir, selepas majlis penyampaian hadiah.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!