Home / Artikel Menarik / 7 Fakta Yang Harus Anda Ketahui Tentang Program Keahlian adiClub

7 Fakta Yang Harus Anda Ketahui Tentang Program Keahlian adiClub

Berita baik untuk penggemar jenama tiga jalur, adidas! Kini keahlian adidas hadir dalam program baharu yang dicipta untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih menarik bersama adidas. Dengan adanya adiClub baharu ini, anda berpeluang untuk menikmati faedah keahlian eksklusif apabila anda membeli produk adidas, menjejaki kemajuan anda dengan aplikasi adidas dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dihoskan oleh adidas.

1. Faedah utama adiClub
Para ahli boleh mengumpul mata ganjaran untuk “unlock’ empat tahap di dalam keahlian adiClub. Ganjaran yang menanti anda termasuk akses untuk produk baharu, jemputam eksklusif untuk acara adidas, promosi istimewa untuk ahli sahajadan banyak lagi

2. Empat Tahap di dalalm adiClub
adiClub dibahagikan ke 4 tahap (level):
TAHAP 1 : 0 – 999 mata
TAHAP 2 : 1,000 – 3,999 mata
TAHAP 3 : 4,000 – 11,999 mata
TAHAP 4 : 12,000+ mata

3. Cara mengumpul mata adiClub
adiClub mula memberi ganjaran kepada anda sebaik sahaja anda mendaftar sebagai ahli, di mana anda akan mendapat akses dengan serta-merta ke Tahap 1.
Ahli akan memperolehi mata dengan cara berikut:

  • Pendaftaran (pendaftaran = 50 mata, melengkapkan profil = 50 mata, bonus hari jadi = 500 mata)
  • Pembelian (RM 10 = 4 mata)
  • Mengambil bahagian dalam sesi latihan dan acara yang dianjurkan oleh adidas (ARKL run = 100 mata)
  • Menjejak kemajuan peribadi menggunakan aplikasi training premium adidas (senaman lengkap, dijejaki dengan aplikasi training app = 10 mata, larian dijejaki melalui aplikasi berlari = 2 mata/km)

Ketersediaan di negara luar Malaysia
Mata ganjaran hanya sah di negara asal di mana pendaftaran dilakukan. Jadi, ahli adiClub Malaysia hanya akan menerima mata dengan membeli-belah, menjalani latihan dan menyertai acara adidas di Malaysia sahaja.

Kad keahlian fizikal
Tiada kad keahlian fizikal, semua mata akan dikumpulkan melalui keahlian digital, yang akan dijejaki melalui laman web adidas atau aplikasi mudah alih.

Tempoh sah keahlian
Semua keahlian akan sah sepanjang hayat

Tempoh sah mata ganjaran
Mata ganjaran sah sehingga 365 hari dari tarikh ia diperolehi, pada hari terakhir bulan tersebut. Contohnya, mata yang diperolehi pada 15 September 2022 akah sah sehingga 30 September 2023.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
Laman web rasmi: www.adidas.com.my
Facebook: www.facebook.com/adidasMY
Instagram: @adidasMY
Tanda pagar rasmi: #adidasMY

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!