Home / Berita Terkini / AXA HEARTS IN ACTION RUN 2016 Larian Penuh Warna-warni

AXA HEARTS IN ACTION RUN 2016 Larian Penuh Warna-warni

press-release-pic-2

Cyberjaya, 28 September 2016 – Acara Larian AXA Hearts In Action Run 2016 yang dilangsungkan di Persiaran Flora, Cyberjaya, Ahad lalu mendapat sambutan ramai. Larian ini dibahagikan kepada tiga kategori jarak iaitu 12km Terbuka; 6km Pemula; dan 3km Larian Keluarga. Selepas kejayaan edisi pertama tahun lepas yang disertai oleh 3,330 pelari, tahun ini jumlah pelari meningkat dua kali ganda kepada 7,081 pelari berdaftar.

Larian anjuran AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI) membawakan tema “Show Your True Colors & Run For Your Cause”, untuk mendorong orang ramai berlari dan memberi sokongan kepada lima matlamat alam sekitar yang baik.

press-release-pic-1

Pelari-pelari berpeluang untuk memilih warna kemeja-T yang mewakili pelbagai matlamat untuk dipakai semasa berlari; Hijau – Selamatkan Hutan, Biru – Selamatkan Laut & Hidupannya, Oren – Selamatkan haiwan dan spesies terancam, Kuning – Menjimatkan Tenaga dan Merah Jambu – Selamatkan Alam Sekitar untuk kehidupan yang lestari.

press-release-pic-3

Dalam majlis yang sama, dana berjumlah RM110,000 disumbangkan kepada WWF-Malaysia untuk tujuan pemuliharaan alam sekitar yang melibatkan haiwan-haiwan liar dan sistem ekologi.

“Di AXA, kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dengan adanya acara seperti ini, kami harap rakyat Malaysia menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai satu tanggungjawab sendiri dan mengamalkannya setiap hari,” kata Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AAGI.

press-release-pic-4

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!