
Sahutlah cabaran REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN, acara yang pertama seumpamanya yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat gim dan kecergasan. Bakal dilangsungkan pada 23 dan 24 September di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC), acara ini bertujuan untuk memberi inspirasi, motivasi dan menyemarakkan orang ramai ke arah gaya hidup yang lebih cergas dan sihat.

Pertandingan ini mengalu-alukan penyertaan dari semua tanpa mengira tahap kecergasan dan menjanjikan pengalaman yang menarik dan mencabar melalui pelbagai cabaran unik yang direka untuk orang ramai. 12 stesen kecergasan telah disediakan untuk menguji pesaing dalam pelbagai aspek kecergasan, termasuk kardio, kekuatan, daya tahan, kuasa, ketangkasan, imbangan, koordinasi dan fleksibiliti.

Tunggu apa lagi? Daftarlah hari ini di www.redlinefitnessgames.com
Butiran REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN di bawah:
📆 Tarikh : 23 & 24 September 2023
⏰ Masa : 8.00am – 8.00pm
📍 Lokasi : Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC)
Untuk maklumat lanjut tentang REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN atau untuk mendaftar, sila layari www.redlinefitnessgames.com.