Home / Artikel Menarik / adidas Memperkenalkan ADIZERO SL, kasut baharu dari Rangkaian Kasut Pemecah Rekod ADIZERO

adidas Memperkenalkan ADIZERO SL, kasut baharu dari Rangkaian Kasut Pemecah Rekod ADIZERO

Rangkaian kasut lari ADIZERO bukanlah sesuatu yang asing di dunia larian jarak jauh. Ia menjadi buah mulut setelah berjaya membantu pelari terbaik dunia, seperti Peres Jepchirchir (juara bertahan Olimpik dan pemegang Rekod Dunia tiga kali) memecahkan rekod dunia dalam beberapa tahun lalu Rangkaian ADIZERO kembali di tahun 2023 memperkenalkan adidas ADIZERO SL yang serba baharu.

Direka dengan teknologi canggih yang sama dengan kasut yang memecah rekod, ADIZERO SL baharu dikatakan dapat membantu para pelari untuk melonjakkan tahap larian mereka ke peringkat seterusnya dengan harga yang lebih mampu-dimiliki.

Mungkin ada yang bertanya, apakah makna di sebalik SL. Sebenarnya, SL bermakna Super Light. Bertepatan dengan namanya, kasut ini memang ringan sekali. Walaupun ringan, ia mampu memberikan daya kusyen untuk menyerap impak ketika larian, membolehkan si pemakai berlari dengan lebih lama dan lebih jauh.

Editor #jomkitalari berpeluang untuk melihat dan mencuba kasut ADIZERO SL selama dua minggu. Jom kita lihat ciri-ciri utama kasut ADIZERO SL ini:

Lightstrike Pro

LIGHTSTRIKE PRO DI HUJUNG BAHAGIAN DEPAN KAKI – Lightstrike Pro, iaitu sejenis foam berteknologi tinggi yang digunakan dalam model Adios Pro telah disuntik dengan strategik di bahagian hujung depan kaki, direka untuk menginjak kaki ke depan semasa larian.

Lightstrike midsole

RANGKA TAPAK TENGAH LIGHTSTRIKE EVA – kasut ini dilapik dengan bahan EVA ringan Lightstrike di bahagian tapak tengah (midsole) untuk memberikan daya kusyen yang maksimum untuk keselesaan semasa berlari, dan membolehkan si pelari menumpukan perhatian kepada langkah seterusnya.

BAHAN MESH BERTEKNOLOGI DI BAHAGIAN UPPER KASUT DAN LIDAH YANG BERLAPIK (PADDED) – Seluruh bahagian atas (upper) kasut dilitupi dengan bahan mesh (jaringan) yang ringan, telus udara dan kenyal untuk mengunci kedudukan kaki ketika berlari, terutamanya ketika memecut tanpa menjejaskan tahap keselesaan.

Kami sempat menggunakan kasut ini dalam Larian MAIWP 2023 (5km)

Dalam dua minggu kami mencuba kasut ini kami mendapati kasut ini adalah amat selesa, amat ringan dan amat sesuai untuk digunakan dalam larian harian.   

Bahagian upper yang ringan
Bahan mesh yang mempunyali liang-liang udara untuk membolehkan kaki “bernafas”
Bahagian lidah yang berlapik
Bahagian kolar yang tebal untuk keselesaan tambahan

Bahagian upper ADIZERO SL mendakap kaki dengan selesa. Bahan mesh yang digunakan mempunyai liang-liang udara yang membolehkan kaki bernafas dan mengelakkan kasut dari menjadi panas.  

Midsole Lightstrike yang responsif dan berdaya kusyen

Bahagian midsole pula amat responsif, menjadikan setiap langkah bertenaga. Tiada isu diperhatikan dari segi pecutan ketika larian tempo. Midsole yang seimbang dan stabil membolehkan badan dan kaki masih terasa segar selepas larian berjarak jauh.

Tapak luar yang berdaya cengkam

Walaupun tapak luar tidak menggunakan getah Continental sepertimana dalam kasut ADIZERO yang lain, kami tidak dapat mengesan perbezaan yang ketara dari segi prestasi kasut, walaupun dalam keadaan basah. Daya cengkaman yang diberikan membolehkan kami berlari dengan yakin dan mengekalkan kepantasan walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang menyenangkan. Tiada kesan haus yang diperhatikan dalam tempoh penggunaan dua minggu (kira-kira 70km) 

KESIMPULAN: Direka untuk pelari, oleh pelari, ADIZERO SL merupakan kasut larian yang dihasilkan dengan teliti dan sempurna untuk mencipta PB. Ia selesa dan amat versatil, mampu untuk membantu mengangkat prestasi anda ke tahap berikutnya – sama ada semasa latihan atau pada hari perlumbaan.

PERCUBAAN KASUT BERSAMA ADIDAS RUNNERS KUALA LUMPUR

Untuk suku pertama tahun ini, dua sesi adidas Runners Kuala Lumpur (ARKL) akan dihoskan setiap bulan pada hari Khamis ke-2 dan ke-4 setiap bulan. Selaras dengan pelancaran kasut terbaharu dalam rangkaian ADIZERO, anda juga akan berpeluang merasai sendiri pengalaman berlari menggunakan kasut tersebut semasa sesi ARKL sepanjang Januari dan Februari 2023.

ADIZERO SL kini boleh didapati dengan harga RM 499 sepasang, dalam empat pilihan warna berbeza untuk wanita; pulse mint (hijau), blue fusion (biru), gray one (kelabu) dan core black (hitam), dan tiga pilihan warna untuk lelaki; cloud white (putih), victory blue (biru) dan core black (hitam), kini tersedia di kedai dan dalam talian di https://www.adidas.com.my/en/adizero-running

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!