Realisasikan impian anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga IRONMAN dengan menyertai IRONMAN Ambassador Program – Asia (Program Duta Ironman – Asia) yang permohonannya kini dibuka. Duta-duta yang terpilih akan menyebarkan semangat IRONMAN dengan mempromosikan sukan tersebut dan gaya hidup sihat.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini yang menjanjikan pengalaman yang tidak boleh dijual-beli dengan wang ringgit, akses kepada kejohanan, atlit dan pro serta barangan rasmi IRONMAN yang tidak terbuka kepada orang ramai.
“IRONMAN Brand Ambassador Program adalah peluang sekali dalam hidup untuk menyertai keluarga IRONMAN dan memperkenalkan sukan yang mampu menukar hidup seseorang kepada komuniti tempatan,” kata Pengarah Urusan IRONMAN Asia Geoff Meyer.
Cara Memohon:
Permohonan IRONMAN Ambassador Program – Asia secara online dibuka awal bulan Jun.
Langkah 1
Isikan borang permohonan.
Langkah 2
Rakam dan muat-naik video permohonan yang panjangnya 1 minit.
Langkah 3
Hantarkan permohonan anda.
Permohonan-permohonan yang berjaya akan diumumkan di akhir bukan Jun 2016!
Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai IRONMAN Ambassador Program — Asia, sila hubungi [email protected]
Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI