Home / Artikel Menarik / Koleksi Aktif Baru BEATS by DR. DRE

Koleksi Aktif Baru BEATS by DR. DRE

Feature Pic

Pengeluar fon telinga premium, Beats by Dr. Dre melancarkan koleksi aktif yang menampilkan dua model berwarna terang, Beats Tour2 dan Powerbeats2 Wireless. Kedua-dua model ini direka untuk pengguna yang sibuk dan aktif yang gemar membawa muzik mana-mana untuk menyemarakkan hari mereka.

beats_by_dr_dre_active_collection_006

ACTIVE COLLECTION: BEATS TOUR2

Untuk pencinta kecergasan dan aktiviti luar rumah. Kalis peluh dan air, sesuai untuk kegiatan aktif dan cuaca buruk.

beats_by_dr_dre_active_collection_003

Unjuran sayap (wing tips) membolehkan fon telinga dipasang dengan kemas dan tidak terlucut semasa dalam pergerakan. Juga menampilkan tip telinga dalam pelbagai saiz untuk bunyi yang lebih hebat dan pengasingan bunyi luaran.

beats_by_dr_dre_active_collection_007

Harga runcit yang disyorkan bagi Beats Tour 2 adalah RM600.

beats_by_dr_dre_active_collection_001

ACTIVE COLLECTION: POWERBEATS2 WIRELESS

Direka untuk senaman dengan pergerakan badan 360-darjah dan lincah. Ia memberikan kebebasan bergerak tanpa banyak halangan dengan muzik yang hebat. Mudah dipasangkan dengan peranti Bluetooth® dalam lingkugan jarak 30 kaki. Juga kalis peluh dan air.

beats_by_dr_dre_active_collection_002

Menampilkan keluaran bunyi yang mantap dengan rekabentuk yang ringan. Rekaan berbentuk cangkuk membolehkannya dipakai dengan kemas di telinga tanpa menghalang pergerakan.

beats_by_dr_dre_active_collection_008

Harga runcit yang disyorkan bagi Power Beats 2 adalah RM790.

Koleksi aktif ini boleh didapati dalam tiga warna kuning (Shock Yellow), merah (Siren Red) dan biru (Flash Blue) dari wakil-wakil penjual yang sah di Malaysia sekarang.

Check Also

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

Share this on WhatsApp PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!