Cyberjaya, 15 April 2017 – Lebih 500 pelari mengambil bahagian dalam acara larian PEACE RUN anjuran Cyberjaya University College of Medical Sciences di Cyberjaya pagi tadi. Acara tersebut dianjurkan untuk mengumpul dana bagi Post-Earthquake Aid & Care (PEACE) Nepal 2017. PEACE adalah sebuah misi kemanusiaan untuk menolong mangsa gempa bumi di Kathmandu, Nepal pada tahun 2015. Bantuan jangkamasa pendek termasuklah pemeriksaan perubuatan, ceramah kesihatan dan pengagihan sumbangan yang diterima. Aktiviti jangkamasa panjang pula melibatkan pembinaan pam air dan panel solar untuk komuniti tempatan.
Acara larian ini disokong oleh DPulze Shopping Centre, pemaju Setia Haruman, Minuman Tenaga Red Bull, Majlis Perbandaran Sepang & Polis Diraja Malaysia (PDRM). Perlepasan larian telah disempurnakan oleh Profesor Madya, Mohamad Saidy Ismail, penasihat projek PEACE Nepal 2017 pada jam 7.30 pagi di DPulze Shopping Centre, Cyberjaya.
Profesor Madya Saidy berkata, “Kami bangga dengan sambutan yang menggalakkan yang diterima untuk PEACE Run. Dana yang dikumpul cukup untuk menggerakkan misi ini. Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pelari yang membuatkan acara ini sukar untuk kami lupakan.”
Terdapat tiga kategori jarak iaitu larian ceria, 3KM dan 5KM serta larian kompetitif 10KM. Mr. Billy Boey Chee Hoong dan Ms. Danniella Nant muncul juara dalam kategori 10KM lelaki dan wanita dalam masa kurang daripada 1 jam.
Mr. Billy Boey Chee Hoong berkata, “PEACE Run adalah aktiviti anjuran pelajar dan ia memberikan sumbangan yang bermakna kepada komuniti kita. Saya rasa kita perlu hulurkan bantuan untuk mangsa-mangsa gempa bumi untuk memulihkan kehidupan mereka.”
En. Isyraq Bin Abdul Razak, peserta PEACE Run berkata, “Berlari adalh aktiviti yang sudah menjadi kebiasaan saya. Hari ini saya berlari dengan harapan untuk membantu golongan yang memerlukan sambil menikmati larian di hujung minggu.”
Larian amal ini adalah sebahagian daripada program tahunan di mana 40 – 50 pelajar Cyberjaya University College menyertai kegiatan sukarela untuk memberi pemeriksaan perubatan dan pelbagai bentuk bantuan komuniti secara percuma di beberapa kawasan Asia Tenggara. Dalam jangkamasa tiga tahun, misi sukarelawan tersebut telah berbakti di Acheh, Laos and Vietnam.