Utamakan keselamatan. Ambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri anda ketika berlari atau berjalan di luar rumah.
1. Tinggalkan Pesan
Beritahu ahli keluarga atau teman serumah tentang rancangan anda – di mana nak pergi dan berapa lama anda keluar. Ini akan memudahkan orang yang anda sayangi datang mencari jika anda tidak pulang-pulang.
2. Bawa Pengenalan Diri
Pastikan anda membawa kad pengenalan. Tampal nombor kecemasan di belakang telefon bimbit. Pakai gelang pengenalan seperti LifelineID jika ada.
3. Lari Di Sebelah Jalan Bertentangan Trafik.
Sentiasa lari berlawanan arah dengan lalu lintas. Ini sangat penting supaya kita dapat lihat dan bertindak terhadap kendaraan yang datang.
4. Biar Senang Dinampak
Pakai pakaian yang cerah dan mudah dinampak. Untuk suasana yang gelap seperi di awal pagi atau malam, gunakan pakaian yang mempunyai fungsi reflektif (pemantul cahaya). Gunakan lampu suluh kepada dan lampu LED berkelip (blinker) supaya anda boleh dinampak oleh pemandu-pemandu di jalan raya.
5. Usah Memakai fon telinga
Simpan fon telinga untuk berlari di treadmill atau di taman yang tidak berkenderaan. Jika anda berlari di jalan raya, elakkan daripada memakai fon telinga kerana ia menjejaskan pendengaran anda daripada bunyi-bunyi persekitaran seperti kenderaan, anjing dan sebagainya.
6. Bersopan Di Jalan Raya
Patuhi isyarat di jalan raya. Berhenti di lampu merah. Jika ada pemamdu yang memberi laluan kepada anda, berikannya lambaian sebagai ucapan terima kasih. Ini akan membuatkan pemandu merasa lebih cenderung untuk memberi laluan lagi kepada pelari-pelari yang berikutnya.
7. Berhenti Jika Sakit
Jika anda terus berlari ketika sakit, ia akan mengakibatkan kecederaan lain. Berehat selama 48 jam. Jika ia masih sakit, jumpalah pakar perubatan.
#jomkitalari