Siapa tak kenal Dwayne Johnson atau lebih mesra dengan nama The Rock? Ikon global yang berbakat dalam pelbagai bidang sebagai pelakon, atlet, penerbit, pakar motivasi dan usahawan, melancarkan koleksi baru gandingan bersama jenama sukan Under Armour.
UA SuperVent Project Rock Training Collection dan Project Rock Delta Footwear adalah koleksi sukan untuk lelaki dan wanita yang direkacipta dan dibangunkan bersama Dwayne Johnson.
SuperVent Project Rock Training Collection diperbuat menggunakan teknologi dan inovasi Under Armour untuk meningkatkan prestasi atlet di gym tanpa mengira si pemakai adalah pemula atau sudah berpengalaman. Antara teknologi adalah CoolSwitch untuk kesan penyejukan, ArmourVent® mesh untuk membuang haba berlebihan, fabrik HeatGear® untuk rasa lebih kering dan ringan.
The SuperVent Project Rock Training Collection menampilkan SuperVent tees, tanks, shorts and leggings.
Project Rock Delta training juga menampilkan kasut gym yang diilhamkan oleh sesi latihan Dwayne yang tegar.
Kasut ini diperbuat dengan teknologi signatur Under Armour iaitu Charged Cushioning yang menyerap impak dan mengembalikan lantunan tenaga.
Kasut kegunaan gym ini juga memberikan sokongan tambahan kepada tumit untuk stabiliti yang lebih padu dan alur flex yang dalam untuk fleksibiliti.
Koleksi ini boleh didapati mulai sekarang di:
Under Armour Suria KLCC Brand House
Lot 335, Level 3
Tel: 03-2181 6737
Under Armour Pavilion Brand House
Lot 5.02 & 5.03, Level 5
Tel: 03-2110 1288