Kuantan, 16 April 2017 – Dalam usaha untuk terus menekankan kepentingan sarapan dan mendidik ibu bapa tentang keperluan tenaga anak-anak yang masih bersekolah, MILO® kembali ke Kuantan untuk Hari Sarapan Terbesar MILO®.
Acara sarapan yang dinanti-nantikan ini menyaksikan lebih 7,000 peserta menikmati sarapan berkhasiat, dan sama-sama mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan permainan menarik untuk seisi keluarga termasuk acara Senamrobik, dan larian Hari Sarapan Terbesar MILO® sejauh 3km.
Hari Sarapan Terbesar MILO® adalah inisiatif MILO® untuk memupuk tabiat pemakanan sarapan sihat di kalangan rakyat Malaysia. Tahun ini, matlamat kempen adalah bertujuan untu mendidik ibu bapa tentang keperluan tenaga harian sebenar yang diperlukan oleh kanak-kanak, yang lebih dari apa yang dijangkakan selama ini.
Satu kajian dalaman menunjukkan seorang kanak-kanak menggunakan tenaga sehingga 1,500 kcal pada hari persekolahan biasa, sama banyak dengan tenaga yang diperlukan untuk mendaki gunung, berenang 50 pusingan di kolam renang, atau berlari separuh maraton.
“Kami sangat teruja untuk kembali ke Kuantan dan meluangkan masa hari ini bersama keluarga di acara sarapan yang sememangnya ditunggu-tunggu. Hari Sarapan Terbesar MILO® dilancarkan pada tahun 2013 dalam usaha kami memupuk kesedaran tentang pentingnya sarapan yang berkhasiat. Kami masih lagi mempunyai matlamat yang sama tahun ini di samping mendidik ibu bapa tentang sarapan bersama MILO®, yang membantu melepaskan tenaga dengan lebih berkesan. Ini memberikan tenaga yang diperlukan oleh kanak-kanak sepanjang hari,” kata Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO® , Nestlé Malaysia.
“MILO® merupakan penyokong dan peneraju yang hebat dalam menggalakkan individu dan keluarga menjalani hidup dengan lebih sihat. Acara tahunan Hari Sarapan Terbesar MILO® adalah sebahagian dari komitmen Nestlé’s terhadap usaha kami dalam meningkatkan kualiti hidup, dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat buat semua,” tambah beliau lagi.
Sarapan yang seimbang, dengan secawan MILO® membantu memberikan tenaga harian yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Menurut Nurul Iliani Ahmad, Pakar Nutrisi Kanan, Nestlé (Malaysia) Berhad: “MILO® MILO® mengandungi kalsium, Activ-Go™, satu kombinasi unik PROTOMALT® dan mikronutrien penting – vitamin dan mineral – yang membantu kanak-kanak mendapat khasiat sarapan yang sepenuhnya dan memastikan mereka memberikan yang terbaik dari segi mental dan fizikal.”
Selepas acara memanaskan badan pada awal pagi, gendang Muhibbah mengiringi para peserta ke garisan permulaan di Padang MPK 1, Kuantan, dan acara larian telah dilepaskan oleh Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Kuantan, Dato’ Haji Fadzilla bin Haji Salleh, DIMP., SMP., AAP; dan Tan.
Setelah larian sejauh 3km itu, para peserta telah menikmati sarapan bersama rakan dan keluarga, di samping pelbagai aktiviti yang telah disediakan untuk mendidik dan menerangkan kepentingan tabiat sarapan pagi. Ini termasuk cara-cara memasak sarapan berkhasiat dengan kreatif, permainan seperti chapteh dan target football, juga persembahan tarian buluh tradisional. Para peserta juga berpeluang memenangi hadiah dan barangan MILO® melalui cabutan bertuah dan treasure hunt.
Kuantan merupakan bandar kelima yang menjadi tuan rumah untuk Hari Sarapan Terbesar MILO®. Seterusnya, Hari Sarapan Terbesar MILO® akan diadakan di dua lagi bandar utama menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak tujuh bandar di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat tentang kempen Hari Sarapan Terbesar MILO® Malaysia dan cara-cara untuk mengambil bahagian dalam acara Hari Sarapan Terbesar MILO®, sila lawat www.milo.com.my.
how to resister?
Please refer to http://www.milo.com.my