Home / Berita Terkini / Larian Solo 1,600km Rentasi Borneo Utara Demi Beramal

Larian Solo 1,600km Rentasi Borneo Utara Demi Beramal

Photo oleh: Muqtadir Halim

Pelari jarak jauh veteran, Steven Ong, 43 tahun Berjaya yang merentas dua negeri terbesar Malaysia serta negara Brunei larian amal solo “TRANS BORNEO 1600” baru-baru ini.

Bermula dari penghujung barat laut Sarawak di Teluk Melano, dikenali sebagai ‘Batu Sifar’ Lebuhraya Pan Borneo sehingga ke Tanjung Simpang Mengayau (Tip of Borneo) Kudat, Sabah, yang mengambil masa 21 hari buat Ong untuk menyudahkan jarak sejauh 1,600km. Menahan terik matahari, hujan, kaki yang melecet malah kecederaan buku lali, Ong cekal meneruskan impiannya untuk berlari merentas pulau ketiga terbesar di dunia itu.

Photo oleh: Muqtadir Halim

“Ia satu pengalaman yang menakjubkan, berlari dari penghujung Sarawak sehingga ke penghujung Sabah dan menyaksikan pelbagai tempat di sepanjang laluan serta pada masa sama bertemu dengan ramai orang yang begitu mesra sekali. Sepanjang perjalanan saya, adakalanya saya disambut oleh beberapa pelari yang turut menyertai saya untuk jarak tertentu atau penyokong yang memberi semangat, tentunya ia satu detik kemunck dalam larian saya ini,” kata Ong yang sudah menempuh dunia larian selama 30 tahun.

“Pencapaian ini dapat disempurnakan dengan jenama seperti Himalaya Salt Sports Candy yang sentiasa menyokong dan memperkasakan golongan seperti saya di seluruh dunia untuk menjalani kehidupan yang sihat,” tambah Ong.

Bagi meraih dana untuk menjalankan kerja amal, “TRANS BORNEO 1600” mengundang pelari jarak jauh dari seluruh Malaysia untuk menyertai Ong menerusi cabaran larian virtual yang mana peserta perlu mencapai matlamat 1,600km sepanjang bulan September, sama ada menerusi larian atau berbasikal secara berkumpulan, pada masa dan tempat mengikut kesesuaian mereka serta mematuhi garis panduan kawalan pandemik Covid-19.

Pandemik berkenaan yang menjejaskan kehidupan berjuta-juta manusia di seluruh dunia merupakan salah satu penyebab di sebalik acara amal ini.  Berdasarkan pengalaman Ong sendiri yang turut terjejas kehidupannya ketika di awal perintah kawalah pergerakan, beliau berazam membantu mengumpul dana untuk disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik koronavirus.

Larian amal virtual menarik 914 penyertaan dan berjaya mengumpul kira-kira RM30,000 yang akan disumbangkan kepada empat NGO – Persatuan Porter Gunung Kinabalu Sabah, Persatuan Pendidikan Kanak-kanak Mabul Sabah, Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place) dan Under One Roof / Mari Makan.

Tidak asing dalam dunia larian jarak jauh, Ong meraih pengalaman larian secara kompetitif di seluruh dunia dan memegang beberapa kejuaraan iaitu 2018 Malaysia Titi Ultra Maraton 250km Juara; 2017 Asia Trail Master Juara Keseluruhan; 2017 Thailand Panoramic Ultra Trail 160km   Juara; 2017 Sepanyol Al Andalus Ultimate Trail 230km Multi-Stage Ultra  Juara dan 2017 Perancis UTMB-TDS 120km sebagai peserta.

Pelari veteran ini yang ditaja oleh Himalaya Salt Sports Candy memberi nasihat,”Mengikuti jadual latihan yang betul merupakan kunci kejayaan kerana latihan berterusan akan memberikan anda keyakinan dan kekuatan mental untuk bersedia menghadapi apa jua pertandingan atau acara. Satu lagi aspek penting untuk pelari jarak jauh adalah mengekalkan hidrasi tubuh dan menggantikan mineral yang hilang bagi mengelakkan kekejangan otot dan simptom dehidrasi yang lain.”

Check Also

Laporan Penuh – Tinjauan RaceXasia Tentang Acara Sukan Pasca-Covid di Malaysia

Share this on WhatsApp Siaran ihsan RaceXasia Pengenalan Kaji selidik telah dilakukan dari 15 Mei …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!