Home / Acara Pilihan / RACE OF THE STARS

RACE OF THE STARS

Info Larian

Selebriti dan influencers tempatan kesayangan anda akan beradu stamina dalam larian maya  Race of the Stars! Jom sertai acara larian yang unik ini dengan mengumpulkan team lari anda sendiri! Adakah kumpulan anda yang akan menyinar umpama bintang?

Anda juga boleh menyertai team selebriti pilihan anda – Alvin Chong 锺瑾桦Nicole Lai 赖淞凤KowacheeDanielAhirineRamona, mahupun Dara, atau  tubuhkan team anda sendiri.

Berikan bantuan kepada team anda untuk mencapai sasaran 999 KM tetapi jangan lupa untuk melengkapkan jarak keperluan individu untuk peluang memenangi hadiah mingguan yang menarik daripada para penaja.*

Psst! Sepuluh peserta teratas dalam team artis UMG (Team Alvinators, The Pixies and Team KOWACHEE AND THE NUTS) akan mendapat peluang untuk sesi “Meet & Greet” eksklusif bersama artis tersebut!* 

*Tertakluk kepada terma & syarat. 

Garis Masa
 

   Pendaftaran

  • 16 November 2020 (00:00)
    sehingga
  • 10 Disember 2020 (23:59)

 Larian

  • 28 November 2020 (00:00)
    sehingga
  • 25 Disember 2020 (23:59)

 Lokasi

  • DIGITAL *Tolong patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (MCO/PKP) dan penjarakan fizikal.

Ganjaran

*Nota: Hanya peserta dalam kumpulan yng memenuhi syarat-syarat berkumpulan dan individu layak menerima kemeja_T Penamat.

Carta Saiz

*Nota: Potongan baju wanita adalah berdasaran ukuran saiz sebenar “true to the size”. Sila pilih saiz anda dengan betul.


Hadiah

*Nota: Setiap peserta hanya boleh memenangi SATU KALI sahaja dalam kempen-kempen berikut:

  1. Social Media Campaign by Samsung 
  2. Week 1 Checkpoint by Samsung
  3. Workout Playlist Campaign by Samsung and JD Sports
  4. Week 4 Checkpoint by Samsung

Yuran


Peraturan

Bagi melengkapkan cabaran, setiap team harus memenuhi syarat team dan juga individu dalam kategori yang dipilih.
 

Hanya rekod jarak melalui aktiviti berjalan, berlari dan hiking  akan diterima. Rekod bilangan langkah (step count) dan aktiviti yang lain TIDAK diterima.
 

Semua larian haris dihantar (synced/submit) dalam tempoh 72 jam selepas aktiviti dan sebelum tempoh tamat pada 23 Disember 2020 (23:59 GMT +8)

Sila patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (MCO/PKP) jika anda berada di Malaysia
 

  • Para pelari harus bertanggung jawab untuk memastikan rekod jarak dirakam dan synced (MODE INDOOR TRACKING disyorkan untuk pengunaan dalam rumah), dan semua rekod keputusan larian adalah asli dan mengandungi maklumat mandatori berikut:
    • Jarak/ Distance
    • Durasi/ Duration
    • Pace
    • Tarikh/ Masa / Date/Time
    • Laluan Larian / Running Route (outdoor sahaja)
      * * Rekod bilangan langkah dan aktiviti lain TIDAK diterima. Unit ukuran adalah kilometer (KM), oleh itu anggaran jarak melalui bilangan langkah tidak boleh diterima.
       
  • Sistem tidak akan mengambil kira aktiviti tertindih. Contohnya, jika anda berlari dengan menggunakan Garmin 10km 7 pagi – 8,30 pagi dan pada yang sama menggunakan aplikasi MapMyRun, hanya satu result akan diterima.
     
  • Anda tidak dibenarkan untuk membuat perubahan kepada aktiviti yang telah synced/submit untuk membolehkan sistem pengesahan untuk membuat pemeriksaan kesahihan keputusan. Jika ada keputusan yang tidak dirakamkan dengan betul atau menunjukkan keputusan yang tidak realistik, sila padamkan aktiviti tersebut dalam masa 24 jam.
     
  • Penyertaan akan dibatalkan secara automatik (DQ) jika salah satu perihal berikut didapati berlaku:
    • Rekod keputusan tidak realistik/ mengandungi ralat
    • Perkongsian aktiviti tidak dibenarkan
    • Kegagalan untuk membalas pertanyaan pegawai penguatkuasa keputusan (result enforcement officer) dalam masa 24 jam untuk memberi maklumat sokongan seperti split timing atatu keputusan rasmi dsb.

Aplikasi Android/iOS percuma yang disyorkan dengan Indoor Run Tracking

  • SAMSUNG HEALTH ✓ Sync ke MapMyRun seterusnya ke BiiB atau penghantaran manual
  • COROS APP ✓ Auto-sync ke BiiB
  • MAPMYRUN ✓ Auto-sync ke BiiB 
  • GARMIN ✓ Auto-sync ke BiiB 
  • NIKE RUN CLUB ✓ Penghantaran Manual
  • PUMATRAC ✓  Penghantaran Manual  
  • SPORTS TRACKER ✓  Penghantaran Manual
  • ENDOMONDO ✓  Penghantaran Manual

Soalan-soalan Lazim

Q1: Bolehkah saya gunakan aplikasi pihak ketiga?
A1 : Boleh. Hubungkan BiiB dengan aplikasi pihak ketiga melalui getbiib.com/me dengan mengikut langkah-langkah mudah berikut:

Q2: Bagaimana untuk membuat penghantaran manual?
A2: Anda boleh lakukannya di laman sesawang selepas log-in ke akaun anda dengan langkah-langkah berikut:


Q3: What if I do not use any of the third party apps mentioned?
A3: Anda boleh menggunakan apa jua aplikasi atau berlari di atas treadmill, tetapi anda perlu membuat penghantaran keputusan secara manual dengan maklumat lengkap.

Q4 : Mengapa isyarat GPS dipaparkan lemah do aplikasi BiiB ?
A4 : Isyarat GPS mungkin lemah jika anda berlari atau berada di kawasan yang di kelilingi bangunan tinggi. Disyorkan untuk berlari di kawasan lapang. 

Q5 : Mengapa saya mendapat notifikasi pergerakan terlalu pantas?
A5 : Ini berlaku apabla sistem mengesan pergerakan yang pantas, mungkin disebabkan oleh isyarat GPS yang lemah. Jika ini berlaku BiiB akan menghubungi anda untuk penjelasan aktiviti tersebut. 


Q6 : Bilakah tarikh tutup untuk penghantaran keputusan larian? Adakah saya perlu menhantarnya setiap hari?
A6 : Penghantaran keputusan harus dilakukan dalam tempoh 72 jam selepas aktiviti dan sebelum 23:59 (GMT +8) 23 Disember 2020.


Q7 : Adakah cabaran ini untuk larian di luar rumah sahaja?
A7: Tidak, keputusan treadmill dalam rumah juga diterima dan dihantar secara manual. 
*Note: Aplikasi BiiB+ hanya boleh digunakan di luar rumah kerana ia bergantung kepada GPS.

Q8 : Adakah aktiviti berjalan/ hiking diambil kira?
A8 : Semestinya! Tujuan utama program ini adalah untuk mendorong orang ramai untuk kekal aktif tanpa mengira laju atau tidak.

Q9 : Bagaimana sistem mengira rekod jarak setiap team mileage dan berapa kerapkah kemas kini dilakukan oleh sistem?
A9 : Sistem diprogram untuk menjumlahkan rekod jarak bagi setiap ahli apabila data berjaya di-sync (LIVE). Rekod jarak akan dikemas kini sebaik sahaja ahli menamatkan larian dengan penghantaran / sync yang berjaya. Anda boleh melihatnya sama ada di aplikasi BiiB+, di tab event (tab kedua dari kiri) atau melalui dashboard individu di getBiiB.com/me.
 

Q10 : Jika saya mendaftar selepas program telah bermula, adakah rekod jarak yang dikumpul sebelum penyertaan boleh diambil kira?
A10 : Tidak, rekod jarak akan dikira mulai masa anda berjaya mendaftar.

Q11 : Siapakah yang layak menyertai acara ini?
A11 : Acara ini dibuka kepada sesiapa sahaja di Malaysia.

Q12 : Apakah referral ID dalam pendaftaran?
A12 : Referral ID adalah kod rujukan unik yang diberikan oleh individuyang memperkenalkan anda kepada program ini. Kod ini tidak diwajibkan (optional).

Q13 : Bilakah saya akan menerima ganjaran? 
A13 : Ganjaran akan dihantar mulai 21 Februari 2021. (Kelewatan mungkin berlaku bergantung kepada situasi COVID-19) 

Q14 : Bilakah saya akan menerima produk Samsung ? 
A14 : Samsung mungkin mengambil masa sehingga 30 hari bekerja untuk menghantar produk anda. (Kelewatan mungkin berlaku bergantung kepada situasi COVID-19) 


Q15 : Jika saya mengambil keputusan untuk tidak berlari, adakah wang saya akan dipulangkan?
A15 : TIDAK, pulangan wang tidak dibenarkan dalam apa-apa sebab.
 

Q16 : Jika saya tidak mencapai sasaran individu, adalah saya akan menerima kemeja-T Penamat?
A16 : TIDAK. Untuk mendapat ganjaran, kedua-dua syarat keperluan team dan individu harus dilengkapi.

Q17 : Jika saya tidak mencapai sasaran individu, adalah saya masih akan mendapat ganjaran penamat?
A17 : TIDAK. Untuk mendapat ganjaran, kedua-dua syarat keperluan team dan individu harus dilengkapi.

Q18 : Apa yang perlu dilakukan jika saya tersilap isi maklumat semasa pendaftaran?
A18 : Sila emel [email protected] dengan maklumat yang ingin diubah* 
*Nota: BiiB akan menggunakan maklumat pendaftaran untuk perhubungan dan penghantaran ganjaran, sila pastikan semua maklumat adalah betul.

Q19 : Mengapa saya tidak menerima maklumat daripada BiiB?
A19 : Sila periksa emel dan dalam folder spam mail selepas berjaya mendaftar. Pengumuman dan kemas kini akan dihantar melalui emel.
 


Pendaftaran dan Maklumat Lanjut

Daftar sekarang di https://getbiib.com/events/82

Untuk pertanyaan, isu teknikal dan maklumat lanjut, sila hubungi [email protected]


Check Also

COROS VIRTUAL RUN 2020

Share this on WhatsApp COROS Malaysia dengan bangganya mempersembahkan COROS Virtual Run yang pertama! Daftarlah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!