Kuala Lumpur, 16 November 2020 – Neupulse Sdn. Bhd (BiiB), peneraju platform aplikasi larian di Malaysia mengumumkan kerjasama dengan empat jenama utama – Samsung, Universal Music Group, JD Sports dan Fitness First untuk menghasilkan larian maya yang menawarkan pulangan yang hebat sempena pelancaran produk Galaxy Fit2 oleh Samsung di Malaysia.
Race of the Stars: Fit with Music, sebuah cabaran larian maya bakal bermula pada 28 November 2020 sehingga 23 Disember 2020. Dalam tempoh cabaran tersebut, para peserta bakal berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah bernilai sehingga RM50,000 dalam cabaran mingguan yang akan dianjurkan. Hadiah-hadiah yang ditawarkan termasuk peranti mudah alih seperti Galaxy Note 20 5G, Galaxy S20 FE, Galaxy Tab S6 Lite, Galaxy Buds+ (BTS edition) dan Galaxy Watch Active2 40mm, kelas senaman maya Fitness First, baucar pakaian dan kasut sukan JD Sport serta peluang untuk menghadiri sesi ramah mesra bersama selebriti Universal Music Malaysia seperti Alvin Chong dan Kowachee.
Dalam tiga tahun kebelakangan ini, BiiB telah menyaksikan kejayaan yang berterusan dalam penganjuran acara larian maya berskala besar dengan bilangan pengguna aktif seramai 41,000 orang Dalam tahun 2019, BiiB telah mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records dengan penyertaan larian maya terbesar seramai 8,234 orang peserta dalam acara Round Malaysia Challenge. Tumpuan utama BiiB adalah untuk mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk kekal aktif dan sihat, terutamanya dalam situasi pandemic yang melanda.
Bersama rakan penaja, Samsung dan Universal Music Group, usaha ini akan menampilkan beberapa selebriti dan juga influencer tempatan yang akan menerajui kumpulan berlari mereka sendiri. Sehingga hari ini, selebriti seperti Alvin Chong (gambar di atas), Kowachee, Nicole Lai, Daniel Fong, Dara, Ahirine dan Ramona telah mengesahkan penyertaan mereka untuk mengetuai kumpulan lari mereka yang mempunyai sasaran jarak larian terkumpul 999km dan memenangi cabaran ini.
Acara Race of the Stars: Fit with Music ini terbuka kepada orang ramai dengan beberapa kategori yuran penyertaan dengan harga mampu-beli RM10.90 sehingga harga premium RM168.90, di mana peserta akan menerima seutas Samsung Galaxy Fit2 yang baru dilancarkan. Pendaftaran dibuka mulai 16 November 2020 sehingga 10 Disember 2020 di https://getbiib.com/events/82