Apakah itu running streak? Jika anda berlari dalam tempoh beberapa hari berturut-turut, anda dikatakan melakukan running streak. Menurut peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Running Streak Amerika Syarikat, jarak sekurang-kurangnya 1.6 km (1 batu) dikira sebagai larian.
Sebelum bermula, ramai pelari yang menetapkan tempoh running streak yang mereka sasarkan. Contohnya, ada yang membuat sasaran 10 hari, 30 hari, malahan setahun!
Rekod running streak yang paling lama dipegang oleh Ron Hill, 82, seorang pemenang pingat Olimpik dari Great Britain dan juga pengasas jenama pakaian larian, Ronhill. Beliau telah berlari sekurang-kurangnya 1 batu setiap hari tanpa ponteng dalam tempoh 52 tahun, 39 hari sebelum berhenti pada tahun 2017 kerana sakit tua.
Apakah manfaat melakukan running streak? Jom kita baca…
1. Azam tahun baharu
Nak kurus? Nak stamina? Nak cantik? Pastinya berlari running streak dapat membantu anda mengekalkan momentum di tahun baharu ini. Belum cuba, belum tahu!
2. Membiasakan diri untuk berlari (dengan lebih kerap)
Alah tegal dek biasa. Apabila sesuatu sudah menjadi amalan harian, anda tidak perlu memikirkan atau melengahkan masa untuk melakukannya. Perkara yang sama boleh diaplikasikan untuk larian – dengan menyahut cabaran running streak, secara automatik anda harus lakukan larian tanpa ponteng setiap hari. Lama-kelamaan, berlari setiap hari akan menjadi lebih mudah bagi anda.
3. Sesuai untuk pelari baharu
1.6km setiap hari adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan. Apa yang penting adalah ia dimulakan dengan perlahan tetapi konsisten. Anda tidak perlu berlari 10km atau marathon untuk bergelar pelari. Jika 1.6km sudah tidak lagi mencabar, tingkatkan lagi jarak larian dengan berperingkat.
4. Mencegah kecederaan (dan memulihkan kecederaan lama)
Ramai pelari running streak memberikan testimoni yang positif di mana mereka dapat menghilangkan kecederaan lama dan jarang mendapat kecederaan baharu yang melibatkan larian. Walaupun pada mulanya bunyinya ia seperti agak bercanggah — anda harus berlari setiap hari untuk mengelakkan kecederaan. Tapi cuba fikirkan secara logik – ada kebenarannya di mana jika anda berlari setiap hari, kebanyakan larian anda adalah lebih perlahan, lebih singkat dan memberi impak lebih lembut kepada badan. Berlari dengan kerap akan menjadikan badan lebih cepat menyesuaikan diri dengan gaya larian anda.
5. Recover dengan lebih cepat
Dengan adanya running streak, pemulihan semula sendi dan otot yang sengal akan menjadi lebih mudah. Anda akan merasa tidak mudah letih apabila memulakan larian pada hari keesokannya.
6. Meningkatkan keyakinan diri
Berlari boleh menjadi sesuatu pemangkin kepada keyakinan seserorang. Jika mencapai sasaran running streak, secara automatik anda akan merasa lebih bangga dan yakin dapat mengekalkan amalan dengan menysun atur jadual harian dengan lebih efektif. Tiada apa yang mustahil sekiranya yakin semua halangan pasti dapat diatasi.
7. Menjadi pelari yang lebih baik
Berlari dengan kerap akan membolehkan anda memperbaiki teknik larian, pernafasan, konsentrasi dan sebagainya. Jika anda berlari di denai, ada akan merasa lebih mudah untuk mengelakkan akar, melangkah dan menjangka halangan di hadapan.
8. Mengekalkan kesihatan mental
Manfaat senaman seperti berlari telah terbukti dapat mengekalkan kesihatan mental. Senaman menghasilkan mood yang lebih baik dan menstabilkan isu-isu kesihatan mental seperti perasaan cemas, kemurungan, mood swing, dan sebagainya. Ia juga bagus untuk melenyapkan stres harian dan mendapatkan meluangkan masa yang tenang untuk diri sendiri.
9. Tidur lebih lena
Orang yang bersenam pada waktu malam mungkin tidur lebih lena dan berkualiti. Badan anda akan merasa lebih ringan dan mudah tertidur setelah berlari.
10. Meningkatkan disiplin diri
Dengan terbatalnya banyak acara larian akibat pandemik Covid-19, ramai yang kehilangan punca dan tujuan untuk berlari. Kepada sesiapa yang kurang motivasi diri untuk berlari, cabaran running streak boleh digunakan untuk mendorong seseorang itu untuk menyarungkan kasut lari. Kikiskan perasaan malas dengan mendisiplinkan diri. Kata nak sihat, kan?
11. Mudah untuk dijadikan jadual latihan
Konsep running streak adalah mudah. 1.6km minimum tanpa mengira di mana, bila, dengan siapa, pace berapa dan sebagainya. Apa yang perlu dilakukan hanya berlari. Ia boleh disatukan ke dalam jadual training anda dengan mudah.
12. Menjadi sebahagian dari komuniti running streak antarabangsa
Running streak menjadi semakin popular di kalangan pelari dengan adanya cabaran yang dianjurkan oleh BiiB. Di tahap antarabangsa, terdapat banyak persatuan atau kelab running streak yang aktif. Contohnya United States Running Streak Association, Inc. Streak Runners International (SRI) dan sebagainya
Apa kata anda gunakan platform BiiB untuk membantu anda memulakan Running Streak. #TeamRunStreak merupakan sebuah cabaran berkumpulan anjuran BiiB untuk menyemarakkan semangat berlari bagi tahun baharu 2021!
Kumpulkan 5 pelari untuk berlari 2 KM setiap hari (untuk setiap ahli) selama 30 hari berturut-turut tanpa ponteng untuk mendapatkan gelaran “run streaker” dan peluang bagi memenangi hadiah jam tangan GPS Coros Pace 2! Bukan itu sahaja, pelari-pelari dari pasukan yang menang akan ditampilkan dalam laman web kami di jomkitalari.com.
Tempoh Mula Pendaftaran: 4 Disember 2020
Tarikh Mula Cabaran: 1 Januari 2021
Yuran: RM 18.80 untuk setiap ahli. Lima orang dalam satu pasukan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://getbiib.com/events/83