Bersempena tayangan filem komedi seram Ghostbusters, Sony Pictures, Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon berganding tenaga untuk menganjurkan larian malam, Ghostbusters Slime Night Run. Larian sejauh 5 kilometer bakal bermula di Sunway Lagoon.
Para peserta akan melalui pelbagai kejutan dan zon cabaran seperti Surprise Slime Attack Zone, Ghostbusters Zone, Music Zone dan banyak lagi. Antara tarikan utama larian ini adalah patung watak Stay Puft Marshmallow Man yang tingginya 20 kaki di kawasan perlepasan pelari. Terdapat pelbagai hadiah menanti untuk dibawa pulang oleh para peserta. Antaranya adalah 1,000 unit barangan rasmi filem Ghostbusters, baucer membeli-belah, Keahlian Kad Movie Club tajaan TGV Cinemas, jemputan Tayangan Perdana Ghostbusters dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut tentang larian malam ini, sila layari http://triathlonmalaysia.com/component/k2/item/118-ghostbusters-slime-night-run-2016
Ghostbusters bakal di tayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 14 Julai 2016.
Untuk maklumat lanjut tentang filem ini, sila layari http://www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia.