Semakin ramai rakyat Malaysia yang kini memilih gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Senaman seperti berlari di taman, yoga di rumah, CrossFit di gimnasium dan sebagainya menjadi rutin harian untuk kekal aktif dan mengawal berat badan. Menyedari kehendak pengguna yang aktif, UNIQLO telah melancarkan satu rangkaian pakaian yang sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan kegiatan cergas.
Untuk koleksi ini, UNIQLO menampilkan rekaan bergaya dan bermutu tinggi yang boleh meningkatkan daya keyakinan dan keceriaan si pemakai ketika bersenam.
Fungsi mudah kering pada fabrik yang digunakan adalah penting untuk menyerap peluh sambil membuatkan si pemakai lebih selesa dan segar sentiasa.
Walaupun koleksi ini direka untuk senaman, ia juga sesuai untuk dipakai secara kasual di mana sahaja. Seluar “Dry Stretch Sweat Pants” boleh didapati untuk lelaki dan wanita. Ia direka dengan longgar di pinggul tetapi menirus di bahagian buku lali untuk menampilkan gaya yang sporty.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.uniqlo.com/my atau https://www.facebook.com/uniqlo.my