Home / Berita Terkini / Jangan Terpedaya dengan SCAM Kasut Adidas Percuma!

Jangan Terpedaya dengan SCAM Kasut Adidas Percuma!

download

Menurut sebuah pautan yang sedang rancak dikongsikan di laman Facebook, Adidas akan memberikan kasut percuma kepada orang ramai sempena ulangtahunnya. Pos tersebut mendesak pembaca supaya klik pautan untuk mendapatkan kasut sementara stok masih ada.

Namun begitu, pos tersebut bukanlah berasal dari syarikat jenama sukan yang terkemuka Adidas. Ia adalah salah satu lambakan scam atau penipuan di laman internet yang menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk anda kongsikan kepada teman-teman dan dalam masa yang sama cuba “mencuri” maklumat peribadi apabila anda mengisi borang kajiselidik yang diwajibkan untuk menebus hadiah yang ditawarkan.

Maklumat peribadi anda seperti nama, nombor telefon, alamat rumah, emel dan sebagainya akan dijual kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran pelbagai produk dan khidmat melalui emel, surat, pangillan telefon dan SMS. Setiap kali seseorang itu memberikan maklumat peribadi mereka melalui kaliselidik palsu tersebut, scammer atau penipu bakal mendapat komisen.

download (1)

Jangan sekali-kali klik pautan yang diberi. Beringat sebelum kena. Jika anda ternampak teman-teman anda mengongsikan pautan ini, berikan mereka amaran untuk memadamkan pos tersebut.

UPDATE (28 Jan 2018):

Penipuan seumpama ini kembali lagi di tahun 2018 melalui aplikasi WHATSAPP. Berwaspada! Jika diklik, anda akan dibawa ke satu laman kajiselidik yang cuba akan mencuri data peribadi anda seperti di bawah.

Adidas Scam_001

Sumber: Hoax-Slayer.net

Check Also

Eliud Kipchoge Bakal Bersaing dalam Acara 10K di Amazing Thailand Marathon Bangkok Disember ini

Share this on WhatsApp Tahukah anda Eliud Kipchoge, pelari marathon legenda bakal kembali ke dunia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!