Cabaran Chapman, sebuah acara biathlon oleh YTL Hotels, menyaksikan lebih 130 peserta, para penaja dan penyokong dari serata dunia termasuk keluarga Spencer Chapman family mengambil bahagian dalam acara yang julung-julung kalinya diadakan pada 14 Mei 2016 di Pangkor Laut Resort.
Acara biathlon ini terdiri daripada dua bahagian iaitu larian di dalam hutan dan diikuti dengan renang laut terbuka di Emerald Bay. Perlumbaan ini diadakan sebagai satu tribute atau penghargaan kepada Kolonel Freddy Spencer Chapman, seorang pegawai tentera British yang pernah memboloskan dirinya daripada serangan tentera Jepun di Pangkor Laut pada 13 Mei 1945 untuk menaiki kapal selam selepas menyembunyikan dirinya di dalam hutan semasa Perang Dunia Kedua.
Dilahirkan pada tahun 1907, Kolonel Freddy Spencer Chapman menhabiskan 3½ tahun di dalam hutan Malaya, bersembunyi dari askar-askar Jepun. Misinya termasuk mengebom keretapi, jambatan dan memusnahkan tentera musuh. Pada 27 April 1945, dia memasuki ke medan musuhnya dengan menyamar sebagai seorang Cina dan bersembunyi di dalam sampan.
Selepas 15 hari, beliau berjaya sampai ke Emerald Bay dan terpaksa menyembunyikan diri selama 36 jam sebelum percubaan melarikan diri ke England bersama kompatriot, Mejar R. Broome, pada 13 Mei 1945. Mereka berenang 45m ke dalam laut di waktu malam dan diselamatkan oleh kapal selam Royal Navy, HMS Statesman.
Bukunya yang berjudul ‘The Jungle is Neutral’, mengimbau pengembaraan beliau di hutan Malaya yang mencabar dan menguji kecekalan minda dan fizikalnya. Sifatnya yang cintakan alam sekitar juga terserlah walaupun di medan perperangan.
Dengan kecekalan dan berdaya tahan secara fizikal dan mental, beliau telah membuktikan yang badan akan menjadi kuat mengikut semangat dalaman yang kuat.
Cabaran Chapman ini telah dicipta untuk meraikan kecekalan dan semangat Spencer Chapman dalam hidupnya. Christopher Spencer Chapman, anak bongsu kepada Spencer Chapman turut dijemput sebagai tetamu kehormat untuk melepaskan acara ini.
Para peserta memulakan acara dengan larian sejauh 3.8km di atas jalan seliling pulau, diikuti dengan 2.4km jejak hutan hujan Tropika yang berusia 2 juta tahun dan kemudiannya renang sejauh 1km di laut terbuka di Emerald Bay. Para peserta menamatkan perlumbaan di Chapman’s Bar, yang dinamakan sebagai tribute kepada Spencer Chapman 20 tahun lepas.
Rikigoro Shinozuka, seorang atlet berusia 21 tahun yang pernah memenangi pingat perak mewakili Malaysia dalam Sukan SEA 2015 dalam acara triathlon lelaki menjuarai Cabaran Chapman 2016. Seorang yang gemarkan aktiviti lasak, Shinozuka berkata, “Acara ini adalah pengalaman yang penuh sejarah dan inspirasi dari Spencer Chapman, dengan jejak hutan yang sangat mencabar sehinggakan sukar walaupun untuk berjalan. Saya harus kembali ke sini setiap tahun!”
Irene Chong See Win, triatlet kebangsaan Malaysia menduduki tempat kedua sementara Luke Hurford, Naib Presiden Kanan YTL Hotels mendapat tempat ketiga.
Cucu kepada Kolonel Freddy Spencer Chapman, Stephen dan Hazel Spencer Chapman, mendapat tempat keempat dan kelima. Stephen Spencer Chapman adalah seorang Komander Platoon – Regimen Payung Terjun di United Kingdom manakala Hazel Spencer Chapman adalah seorang Pengarah Seni dan Kreatif.
Ross Sanders, Pengurus Besar Pangkor Laut Resort yang menduduki tempat kelapan berkata, “Kami amat teruja dengan acara yang julung-julung kalinya diadakan. Setiap peserta tanpa mengira tahap kecergasan boleh menamatkan perlumbaan dengan selamat dan jayanya. Kehadiran keluarga Spencer Chapman di acara ini dapat meraikan bersama semangat Spencer Chapman. Kami mengalu-alukan semua untuk kembali ke Pangkor Laut pada tahun 2017 untuk Cabaran Chapman yang akan lebih gah dan lebih baik.”
Peserta-peserta yang menamatkan perlumbaan dianugerahkan pingat penamat yang diperbuat daripada kayu, T-shirt dan beg goodies tajaan Reebok, TYR and Ipanema, serta penanda buku eksklusif dari Pangkor Laut Resort.
Senarai peserta Cabaran Chapman dan catatan masa penamat untuk tahun 2016 boleh dilihat di www.pangkorlautresort.com/the-chapmans-challenge.html.
Pra-pendaftaran untuk acara tahun hadapan 12-14 Mei 2017 boleh dibuat dengan menghantar emel kepada [email protected]. Tempat adalah terhad, sila buat tempahan anda sekarang!
Untuk galeri gambar sila klik DI SINI.