Home / Artikel Menarik / Jom Kita Masak: Spaghetti Pad Thai

Jom Kita Masak: Spaghetti Pad Thai

Rasa jemu dengan hidangan pasta ala Itali? Apa kata kita cuba cara masakan Siam untuk carboloading? Ia bukan sahaja mudah disediakan, malah rasanya juga cukup enak. Jom cuba!

Spaghetti Pad Thai - Copy

Ramuan (Untuk hidangan 4 orang):
250g spaghetti (dimasak, ditos dan dicampurkan sedikit minyak zaitun extra virgin),
5 camca teh minyak zaitun extra virgin,
3 ulas bawang putih (dicincang halus),
300g daging ayam (dihiris dan diperap dengan 1 camca teh tepung jagung, sos ikan, gula & serbuk lada),
100g udang (diperap dengan 1 camca teh gula),
50g asam jawa + 100ml air (ditapis),
4 biji cili padi (dihiris),
2 camca teh gula perang (secukup rasa)
1 camca teh granul stok ayam,
2-3 camca teh sos ikan (secukup rasa),
150g taugeh,
50g daun ‘kuchai’ (dipotong panjang 2cm)

Hiasan:
50g kacang tanah (ditumbuk kasar), 50g daun pudina, 50g daun ketumbar, serbuk lada; hirisan limau nipis.

Cara:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga harum.
Masukkan ayam dan udang yang diperap diikuti dengan air asam jawa, gula perang, granul stok ayam, cili padi dan sos ikan.
Masukkan dan goreng spaghetti di dalam kuali.
Masukkan daun ketumbar, taugeh dan kuchai.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa, matikan api dapur.
Taburkan ramuan hiasan dan perahkan jus limau nipis sebelum dihidangkan.

Resepi & Foto ikhsan: http://alcenero.asia/

Check Also

Bawa Prestasi Larian Anda Ke Tahap Seterusnya Dengan Kasut Plat Karbon BMAI JING TAN FLY

Share this on WhatsApp Sejak pelancarannya pada 2014, BMAI, jenama kasut Cina yang ditransliterasi daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!