Home / Artikel Menarik / 7 Sebab Pelari-pelari Kenya Adalah Yang Terhebat Di Dunia!

7 Sebab Pelari-pelari Kenya Adalah Yang Terhebat Di Dunia!

Kenya Runners

Mereka digeruni oleh pelari-pelari tempatan dengan kehadiran mereka di acara-acara larian. Pasti habuan yang ditawarkan disapu bersih oleh mereka. Apakah yang menyebabkan pelari-pelari Kenya begitu pantas? Jom kita lihat analisa yang dibuat oleh dua pelari kembar kelahiran new Zealand,  Zane dan Jake Robertson yang pernah tinggal dan berlatih di Kenya.

1. Hidup yang susah – 60% daripada penduduk Kenya berpendapatan kurang daripada USD1 (RM4) dalam sehari. Ini menyebabkan kanak-kanak juga terpaksa berkerja untuk menyara hidup.

2. Altitud – Kebanyakan kem latihan terletak sekurang-kurangnya 2000m dari paras laut. Tekanan udara dan kandungan oksigen yang rendah di altitud tinggi menyebabkan paru-paru dan sistem pembuluhan darah mereka lebih efisien.

3. Makanan organik – Kebanyakan petani bercucuk tanam secara semula jadi tanpa menggunakan racun perosak, baja sintetik dan organisma terubah suai secara genetik. Sumber makanan adalah lebih segar dari ladang.

4. Genetik – Mempunyai bentuk badan yang sesuai untuk berlari – tubuh yang lampai dan kaki yang panjang.

5. Iklim dan persekitaran – Suhu yang dingin, sekitar 16-24°C adalah sesuai untuk latihan. Persekitaran yang berbukit-bukau dan laluan hutan belukar membuatkan mereka lebih kental.

6. Persaingan – Seramai 340 pelari Kenya layak untuk ke Temasya Sukan Olimpik London 2012! Jadi, untuk mewakili negara, mereka harus bersaing untuk menjadi yang terbaik.

7. Latihan berkelompok – Mereka berlatih bersama dalam kumpulan seramai 40-200 orang setiap minggu. Latihan fartlek atau long run dilakukan beramai-ramai seolah-olah seperti pelumbaan.

Sumber:

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!