Home / Artikel Menarik / Foto: NIKE Raikan Keputusan Breaking2

Foto: NIKE Raikan Keputusan Breaking2

Nike_Breaking2_001

Pada hari Sabtu, 6 Mei, jam 5:45 pagi di Monza, Italy, Eliud Kipchoge, Zersenay Tadese dan Lelisa Desisa membuat satu percubaan berani untuk memecahkan catatan masa marathon di bawah dua jam.

Kipchoge menamatkan perlumbaan dengan masa 2:00:25, 2:32 lebih laju daripada rekod dunia sekarang dan 2:40 lebih baik daripada catatan masa peribadi terbaiknya (personal best) iaitu 2:03:05. Tadese memperolehi catatan masa 2:06:51, mengatasi catatan masa terbaik peribadinya dengan 3:50. Desisa pula melepasi garisan penamat dengan catatan masa 2:14:10.  Hebat, bukan?

Jom kita lihat detik-detik bersejarah yang sempat dirakamkan melalui lensa kamera.

Nike_Breaking2_003
Ke garisan, sedia….Perlumbaan akan berlangsung di trek Formula One yang digelar Autodromo Nazionale di Monza, Italy. Laluan yang ditetapkan oleh Nike mempunyai jarak 2.4 kilometers, jadi pelari-pelari akan membuat lebih sedikit daripada 17 ½ pusingan.

 

Nike_Breaking2_006
Pelari-pelari mengikuti kereta Tesla Model S yang bergerak mengikut pace 2 jam dan memancarkan laser untuk panduan pelari di awal perlumbaan. Kereta elektrik ini tidak menghasilkan asap yang boleh menjejaskan prestasi pelari.

 

Nike_Breaking2_007
Ketiga-tiga pelari Breaking2 dibantu oleh sekumpulan pacer termasuk medalis Olimpik Bernard Lagat, secara bergilir-gilir pada setiap pusingan 2.4 kilometer untuk mengekalkan pace larian.

 

Nike_Breaking2_005
Kasut Nike Zoom Vaporfly Elite dengan Nike ZoomX midsole yang diubahsuai untuk pelari Breaking2 adalah salah-satu senjata Nike untuk memecahkan catatan masa marathon bawah 2 jam.

 

Nike_Breaking2_013
Bukan calang-calang orang yang boleh menamatkan jarak marathon 42.195km dengan masa 2:00:25. Impian untuk catatan masa marathon bawah dua jam kini kian hampir dengan pencapaian Kipchoge.

 

Nike_Breaking2_014
Kipchoge melemparkan senyuman selepas menamatkan larian dengan catatan masa 2:00:25. – 26 saat terlambat untuk mecapai catatan masa marathon di bawah 2 jam.

 

Tonton semula 
Anda boleh menonton semula perlumbaan hebat ini melalui  Nike’s Breaking2 Facebook page sehingga seminggu selepas tamatnya perlumbaan.

Saksikan juga dokumentari 
Perjalanan program Breaking2 akan diabadikan dalam sebuah dokumentari yang diterbitkan bersama dengan National Geographic.

Untuk maklumat lanjut tentang Breaking2, sila klik DI SINI.

Check Also

Bawa Prestasi Larian Anda Ke Tahap Seterusnya Dengan Kasut Plat Karbon BMAI JING TAN FLY

Share this on WhatsApp Sejak pelancarannya pada 2014, BMAI, jenama kasut Cina yang ditransliterasi daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!