Kota Bahru, 6 Mei 2017: Sarapan Pagi Terbesar MILO® menuju ke Pantai Timur Malaysia buat pertama kali tahun ini, sambil terus menekankan kepentingan sarapan yang berkhasiat dan mendidik ibu-bapa tentang tenaga yang diperlukan oleh anak-anak mereka yang masih bersekolah.
Acara sarapan pagi yang popular ini mengalu-alukan lebih 4,200 warga tempatan, sambil mereka menikmati sarapan berkhasiat dengan MILO® dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara dan aktiviti yang disediakan untuk seisi keluarga.
Berdasarkan satu kajian dalaman, seorang kanak-kanak menggunakan tenaga sehingga 1,500 kcal pada hari persekolahan biasa. Ini sama banyak dengan tenaga yang diperlukan untuk mendaki gunung, berenang 50 pusingan di kolam renang, atau berlari separuh maraton. Tahun ini, Gerakan Sarapan Pagi MILO® Malaysia mensasarkan untuk mendidik ibu-bapa di seluruh Negara tentang keperluan tenaga harian sebenar anak-anak mereka, dan pada masa yang sama menanam tabiat sarapan pagi yang lebih menyihatkan di kalangan warga Malaysia.
“Kami sangat gembira berada di Kota Bahru buat pertama kali tahun ini. Kami memulakan Hari Sarapan Terbesar MILO® pada tahun 2013 dalam usaha kami memupuk kesedaran tentang pentingnya sarapan yang berkhasiat. Kami masih lagi mempunyai matlamat yang sama tahun ini, selain dari mendidik ibu bapa tentang sarapan bersama MILO®, yang membantu melepaskan tenaga dengan lebih berkesan. Ini memberikan tenaga yang diperlukan oleh kanak-kanak sepanjang hari,” kata April Wong, Pengurus Pemasaran Pengguna, Unit Perniagaan MILO® , Nestlé (Malaysia) Berhad.
Wong menambah, “MILO® merupakan penyokong dan peneraju yang hebat dalam menggalakkan individu dan keluarga menjalani hidup dengan lebih sihat. Acara tahunan Hari Sarapan Terbesar MILO® adalah sebahagian dari komitmen Nestlé terhadap usaha kami dalam meningkatkan kualiti hidup, dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat buat semua,”.
Nurul Iliani Ahmad, Pakar Pemakanan Kanan, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, sarapan yang seimbang, dengan secawan MILO® akan membantu memberikan tenaga harian yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Menurut Nurul Iliani Ahmad, Pakar Nutrisi Kanan, Nestlé (Malaysia) Berhad: “MILO® mengandungi kalsium, Activ-Go™, satu kombinasi unik PROTOMALT® dan mikronutrien penting – vitamin dan mineral – yang membantu kanak-kanak mendapat khasiat sarapan yang sepenuhnya dan memastikan mereka memberikan yang terbaik dari segi mental dan fizikal.”
Acara dimulakan pada waktu pagi dengan Larian Hari Sarapan Terbesar MILO® sejauh 3km yang dirasmikan oleh Cik April Wong and Professor Dr. Ahmad Sukari Halim, Pengarah Kesihatan Kampus, Universiti Sains Malaysia. Ini diikuti dengan pelbagai aktiviti yang disediakan termasuk sesi masakan sarapan berkhasiat dan kreatif, sukan seperti chapteh dan bolasepak sasaran serta tarian buluh tradisional, sambil menikmati suasana piknik bersama keluarga dan rakan-rakan. Para peserta juga berpeluang memenangi produk dan barangan dari MILO® melalui cabutan bertuah dan acara treasure hunts.
Kota Bahru adalah bandar keenam dan kedua terakhir yang menjadi tuan rumah Hari Sarapan Terbesar MILO® tahun ini. Hari Sarapan Terbesar MILO® akan menutup sesi jelajah ini di Putrajaya pada 14 Mei ini.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen Hari Sarapan Terbesar MILO®, sila lawat: www.milo.com.my.