Home / Berita Terkini / 14,000 Pelari Menyinari AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED di Putrajaya

14,000 Pelari Menyinari AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED di Putrajaya

Electric_Run_Malaysia_011

Putrajaya, 29 Julai 2017 – Pelari, pejalan kaki dan penari menyinari bandar ini apabila mereka melalui Anjung Flora, Presint 4, Putrajaya pada 29 Julai demi menyertai salah satu larian ria nokturnal yang paling popular di dunia, ELECTRIC RUN RECHARGED yang dipersembahkan oleh AmMetLife Insurance Berhad.

“Kami amat gembira melihat peserta dari segenap lapisan usia berhimpun untuk kekal cergas dan bersuka ria di AmMetLife Electric Run Recharged. Dengan laluan unik yang direka sepanjang jarak 5km, AmMetLife Electric Run Recharged merupakan contoh yang terbaik di mana gaya hidup yang sihat boleh diamalkan dengan cara yang seronok dan riang ria. Kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Livescape Group untuk mempersembahkan malam yang penuh beraksi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan serta persembahan muzik yang menghiburkan. Sebagai penanggung insurans hayat, kami memberi komitmen untuk mencari kaedah yang baharu dan menarik untuk memperluaskan budaya yang sihat dan gaya hidup yang aktif dengan elemen keseronokan untuk semua,” kata Ramzi Toubassy, Ketua Pegawai Eksekutif  AmMetLife.

Electric_Run_Malaysia_012

AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED merupakan satu larian ria sejauh 5km yang bukan persaingan tetapi perjalanan melalui laluan yang terbesar, paling cerah dan neon yang berwarna. Dianjurkan oleh Livescape Group dan disokong oleh Malaysia Major Events (MME), larian tersebut menghidupkan malam dengan 14,000 pelari dari negara serantau yang dapat merasai pengalaman cahaya dan bunyi merentasi masa yang eksklusif dengan setiap zon larian mewakili tema unik dan era muzik tertentu, menjadikannya pengalaman yang penuh bertenaga.

Electric_Run_Malaysia_002

“Buat kali pertama, para peserta memulakan larian mereka di Putrajaya dan berpeluang menikmati pemandangan indah yang mengubah bandar ini. Kami amat berterima kasih kepada semua peserta yang datang untuk menyertai acara ini dan memberikan maklum balas positif kepada kami. Kami juga ingin menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada AmMetLife kerana memberikan sokongan mereka kepada kami dan menjayakan larian ini. Kami amat berbangga kerana dapat menarik segenap lapisan pelari dan sebagai salah satu syarikat pengurusan acara terbesar di Asia Tenggara, kami komited dalam terus mempertingkatkan pengalaman acara-acara yang dianjurkan kepada para peminat kami. Kami juga sentiasa teruja untuk menyediakan lebih banyak acara berkaitan kecergasan yang menyeronokkan mengikut gaya Livescape pada tahun hadapan. Oleh itu, jangan lepaskan pengumuman besar kami yang seterusnya!,” kata Muhammad Iqbal, Ketua Pegawai Eksekutif The Livescape Group.

Electric_Run_Malaysia_009

AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED melibatkan sembilan laluan larian unik yang membawa pelari melalui pengembaraan yang imersif:

  • Garisan Permulaan
  • Hip Hop
  • EDM
  • Sugarrush
  • Polyphonics
  • Stardust
  • Disko
  • Rainbow Road
  • Garisan Penamat/Pentas Keraian

Larian ria tersebut dimulakan pada pukul 8 malam dan berakhir dengan suasana gembira di garis penamat yang bertukar kepada sebuah keraian. Mengekalkan suasana bertenaga selepas larian, semangat para peserta terus ditingkatkan menerusi kehadiran artis-artis tempatan seperti CUURLEY, Amanda Avyanna & Blastique, SonaOne dan De Fam yang berkongsi pentas. Bakat tempatan, trio pop DeFam, menghiburkan pengunjung dengan persembahan single Nombor 1 mereka,  #SUPERGIRLS, bersama lagu-lagu popular lain yang turut dinyanyikan penonton. Para peserta dilihat menari apabila sensasi Hip Hop dan penyanyi dalam senarai Billboard, Silento mempersembahkan lagu Watch Me (Whip/Nae Nae) yang juga menandakan berakhirnya Electric Run terbesar di Malaysia.

Electric_Run_Malaysia_010

Acara AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED bukan hanya keseronokan dan permainan. Pada tahun ini, pihak penganjur, rakan kongsi dan penaja larian ini telah bekerjasama dengan penyanyi/penulis lirik, Amanda Avyanna dan produser muzik, Blastique, untuk menghasilkan lagu tema yang berjudul We Run The Night. Menggambarkan perpaduan rakyat dan tali persahabatan yang terbentuk,  We Run The Night telah dipersembahkan Amanda Avyanna dan Blastique buat kali pertama di pentas keraian. Lagu tersebut boleh dimuat turun menerusi Bandcamp (http://milehighsounds.bandcamp.com/track/we-run-the-night) sehingga 5 Ogos 2017 pada caj minimum AS$0.50 dengan semua dana terkumpul akan disumbangkan ke Persatuan Cerebral Palsy Malaysia (GAPS).

Electric_Run_Malaysia_007

Lagu-lagu yang menghiburkan sepanjang larian sehingga peringkat akhir pentas keraian telah memastikan peserta terus gembira dan terhibur sepanjang malam acara. AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED pastinya telah meningkatkan pengalaman peserta pada setiap tahun, menyediakan malam yang bertenaga dan penuh cahaya yang diingati para peserta larian berkenaan.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!