Petaling Jaya, 15 Ogos 2017 – Media Prima Berhad akan membawakan liputan Sukan SEA 2017 khas untuk penonton menerusi saluran platfom digital dan juga di rangkaian televisyen Media Prima. Diaktifkan oleh Senheng, CLEAR, Wall’s dan Negaraku, penonton akan dapat menyaksikan acara-acara sukan secara langsung serta mendapatkan keputusan dan sorotan terkini menerusi Aplikasi Kita Juara, portal nombor 1 di Malaysia, tonton serta saluran TV3 dan TV9.
Media Prima Digital lancar Aplikasi Kita Juara
Media Prima Digital (MPD) telah melancarkan Aplikasi Kita Juara pada 15 Ogos 2017 di Sri Pentas, Bandar Utama. Aplikasi yang menyediakan liputan komprehensif perlawanan bola sepak tempatan antaranya Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA ini turut memberikan liputan eksklusif Sukan SEA dari 14 hingga 30 Ogos 2017. Menerusi Aplikasi ini, pengguna boleh mendapatkan jadual permainan, kedudukan pingat terkini dan membaca berita-berita Sukan SEA 2017 (dari Harian Metro).
“Media Prima membawakan pembaharuan yang terbaik dan paling komprehensif mengenai sukan bola sepak tempatan dan acara sukan secara langsung kepada semua peminat sukan Malaysia menerusi paparan pelbagai skrin yang boleh ditonton pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Menerusi aplikasi Kita Juara, peminat sukan boleh mendapatkan perkembangan dan statistik terkini acara berprestij Sukan SEA 2017. Kami cukup berbesar hati dapat berkolaborasi dengan portal pengstriman No 1 di Malaysia, tonton untuk memberikan kandungan terbaik Sukan SEA 2017 dan sukan bola sepak tempatan menerusi telefon pintar atau tablet tidak kira di mana mereka berada dan mengikut kesesuaian pengguna,” kata Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital.
tonton tawar dua saluran eksklusif Sukan SEA 2017
Portal aplikasi penstriman video nombor satu dan terbesar di Malaysia, tonton memperkenalkan dua saluran eksklusif bersempena dengan Sukan SEA 2017 bermula 14 hingga 30 Ogos 2017. Saluran 1 dan Saluran 2 akan membawakan perlawanan-perlawanan secara langsung dalam definisi tinggi (HD). Penonton juga dapat menyaksikan Majlis Pembukaan Sukan SEA secara langsung pada19 Ogos 2017 (Sabtu) jam 8.00 malam dan Majlis Penutup pada 30 Ogos 2017 jam 8.00 malam.
Menerusi Saluran 1, penonton dapat menyaksikan liputan sukan Bola Sepak, Hoki, Gimnastik, Memanah, Akuatik (Terjun), Badminton (semi final dan final) dan Olahraga. Saluran 2 pula akan membawakan siaran langsung sukan Badminton (suku akhir perseorangan dan beregu), Bola Jaring, Angkat Berat, Boling, Berbasikal (Trek), Akuatik (Renang dan Renang Berirama), Pencak Silat, Taekwando dan Wushu. Pengguna tonton dapat menyaksikan siaran langsung ini setiap hari bermula 9.00 pagi.
Bagi pengguna tonton VIP di Malaysia, Singapura dan Brunei yang tidak berkesempatan menonton siaran langsung, anda boleh menyaksikan Sukan SEA 2017 menerusi ‘Catch Up’ selepas 24 jam selepas siaran langsung berakhir.
“Kolaborasi bersama Aplikasi Kita Juara dan pelancaran saluran eksklusif Sukan SEA 2017 di tonton membuktikan komitmen kami dalam menyokong industri sukan Asia. Kami juga sangat teruja untuk menyediakan saluran Sukan SEA 2017 khas untuk pengguna tonton di Malaysia, Singapura dan Brunei. Padat dengan kandungan yang menarik dan terkini yang tidak dapat ditonton di televisyen, kami telah bersedia membawa Sukan SEA ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Ben Jern Loh, Pengurus Besar tonton.
Saluran TV3 dan TV9
Saluran TV3 dan TV9 turut menyiarkan Majlis Pembukaan Sukan SEA pada 19 Ogos 2017 jam 8.00 malam. TV3 juga akan membawakan sorotan acara-acara sukan terkini setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi dan 12.30 tengah malam hingga 1.00 pagi. TV9 juga akan membawakan liputan menarik Sukan SEA pada jam 5.00 petang hingga 6.00 petang.
Kedua-dua saluran ini juga akan menyiarkan perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir Bola Sepak, Badminton, Olahraga, Gimnastik, Hoki dan Akuatik (Terjun).
TV9 dan TV3 juga tidak ketinggalan untuk memyiarkan Majlis Penutup Sukan SEA pada jam 8.00 malam.
“Sebagai sebuah syarikat tempatan di Malaysia, kerjasama ini merupakan komitmen kami untuk menyokong acara sukan serta potensia atlet-atlet sukan yang sentiasa memberi inspirasi kepada khalayak. Ini juga merupakan dedikasi kami dalam menyediakan pengalaman luar biasa dalam memberi sokongan kepada industri sukan negara, mengukuhkan dan mengembangkan rangkaian pengguna kami,” Lim Kim Heng, Pengarah Urusan Senheng Malaysia.
Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia, Vincent Chong juga turut berbesar hati dengan kolaborasi ini dan teruja untuk menyaksikan Sukan SEA 2017 yang menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah.
“Sebagai jenama global yang telah mengubah kehidupan rakyat Malaysia sejak tahun 2006, kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada acara yang cukup penting dan bersejarah buat rakyat Malaysia. Produk kami sememangnya cukup sinonim dengan sukan dan ini merupakan peluang terbaik untuk kami bangkit bersama sebagai satu komuniti dan memberi inspirasi kepada anak muda untuk sentiasa yakin dan berani berhadapan dengan cabaran kehidupan.”
Walaupun berhadapan dengan tekanan dan persaingan sengit dalam Sukan SEA, kami percaya atlet negara kita akan memberikan yang terbaik dan kami akan sentiasa berada di sini untuk terus menyokong mereka!” tambah beliau.
Untuk mendapatkan informasi terkini, layari laman sesawang www.mediaprimadigital.com.my dan www.tonton.com.my