Home / Berita Terkini / DAYANG NURFAIZAH teruja nyanyikan lagu tema KL2017, Bangkit Bersama

DAYANG NURFAIZAH teruja nyanyikan lagu tema KL2017, Bangkit Bersama

dayang_nurfaizah_002

Kuala Lumpur, 8 Ogos 2017 – KEMERIAHAN sambutan detik-detik akhir menjelang pembukaan Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (turut dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 atau KL2017) kini kian memuncak dengan pelancaran lagu tema terakhir KL2017 dan juga penerimaan tajaan terbaru dari Pavillion hari ini, 8 Ogos 2017.

Pelancaran lagu dan pengumuman tajaan terbaru tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin di dalam sebuah majlis yang diadakan di pusat membeli belah Pavillion, Kuala Lumpur.

Lagu tema yang dilancarkan hari ini diberi tajuk “Bangkit Bersama” dan akan digunapakai sebagai lagu utama bagi keseluruhan temasya KL2017. Lagu Bangkit Bersama ini merupakan hasil gubahan komposer Dato’ Ramli MS dan dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah. Pada majlis yang sama, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) turut mendedahkan muzik video bagi lagu tersebut.

Terdahulu, bersempena dengan Majlis Kiraan Detik 100 Hari ke KL2017 pada 9 Mei 2017, MASOC telah menjemput masyarakat umum melalui sebuah kempen crowdsourcing untuk menyumbang idea dan cerita di media sosial bagi digabungkan menjadi inspirasi atau sebahagian daripada lirik lagu tema tersebut. Hasilnya, MASOC telah menerima lebih daripada seratus penyertaan yang dihantar oleh orang ramai.

dayang_nurfaizah_001

“Ini merupakan kali pertama kami mengambil langkah untuk melibatkan orang ramai dalam penciptaan lagu tema bagi temasya sukan yang besar. Saya amat gembira melihat sokongan masyarakat terhadap sumbangan idea dan cerita yang dihantar dan hari ini saya persembahkan lagu yang ditulis dan dimiliki oleh semua para peminat dan penyokong KL2017. Nanyikanlah dengan penuh rasa bangga agar semangat tersebut dapat dapat dijelmakan untuk dikongsi bersama para atlet yang bertanding,” kata YB Brig. Jen. Khairy di dalam ucapannya.

Memetik laporan mStar Online pada Rabu, Dayang menyifatkan peluang sekali seumur hidup itu mampu mencatat sejarah peribadi buat dirinya, satu atau dua dekad akan datang.

“Dayang ambil peluang ini 100 peratus, tidak buat sambil lewa kerana semua orang tahu sukan dapat menyatukan masyarakat,” ujar Dayang memetik laporan berkenaan.

Dayang mengaku teruja dapat membawa rakyat Malaysia bangkit bersama menyokong atlet negara, seterusnya berdoa atlet negara memungut banyak pingat emas.

Dayang minat menonton acara gimrama dan mahu ke stadium jika berkesempatan sepanjang KL2017 berlangsung 19-30 Ogos ini.

Pelancaran lagu Bangkit Bersama hari ini melengkapkan tiga lagu tema yang dicipta untuk KL2017. Dua lagu lain bertajuk “Tunjuk Belang” nyanyian monoloQue x Azlan x maliQue dan “So Many Hands” oleh Mia Palencia untuk Iklan Rasmi KL2017. Lagu nyanyian Mia turut diterjemahkan di dalam versi Bahasa Malaysia bertajuk “Tangan-Tangan Yang Menjulang” yang dinyanyikan oleh Asmidar.

Check Also

Bawa Prestasi Larian Anda Ke Tahap Seterusnya Dengan Kasut Plat Karbon BMAI JING TAN FLY

Share this on WhatsApp Sejak pelancarannya pada 2014, BMAI, jenama kasut Cina yang ditransliterasi daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!