Kuala Lumpur, 19 Ogos 2017 – SINGAPURA dan Filipina memulakan saingan olahraga Sukan SEA KL2017 dengan kejayaan meraih emas menerusi Guillame Soh Rui Yong dan Mary Joy Tabal yang mengungguli saingan Marathon Lelaki dan Wanita pada perlumbaan di Putrajaya pada Sabtu (Aug 19).
Soh, 25, berjaya mempertahan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu, melengkapkan larian dengan masa
2 jam 24mi n .25s, mengetepikan cabaran pelari Indonesia Agus Prayogo yang meraih perak dengan masa 2:27.16s. Seramai 15 pelari dari semobilan negara mengambil bahagian dalam acara berkenaan.
Atlet tuanrumah Malaysia terpaksa berpuashati dengan pingat gangsa selepas menamatkan larian dengan masa 2:35.05s.
Dalam saingan maraton wanita, Mary Joy memberikan emas Sukan SEA pertama buat Filipina selepas meraih kemenangan dengan larian meyakinkan dalam masa 2jam:43m.31s, mengatasi pelari Vietnam Hoang Thi Thanh (2:45.09s) dan Thailand’s T. Natthaya (2:44.45s).
Saingan olahraga KL2017 akan bersambung pada Selasa depan (22 Ogos) di Stadium Nasional dengan lapan pingat emas menjadi pertaruhan dalam lempar cakera lelaki, jalan kaki 20km lelaki, 400m lari berpagar lelaki, 400m lari berpagar wanita, lontar peluru lelaki, lontar lembing wanita, 100m lelaki dan 100m wanita.






Foto: FB Kuala Lumpur 2017