Home / Artikel Menarik / 10 Fakta Menarik Tentang Juara NYC Marathon 2018 Mary Keitany

10 Fakta Menarik Tentang Juara NYC Marathon 2018 Mary Keitany

Mary Keitany menjuarai New York City Marathon 2018 buat kali ke-empat, dengan masa 3:14 minit di hadapan pemenang tempat kedua Vivian Cheruiyot. Setelah jatuh ke tempat kedua tahun lepas, di belakang Shalane Flanagan, tahun ini, Keitany berlari dalam kumpulan sehingga ke pertengahan perlumbaan di mana dia dan pelari Ethiopia Rahma Tusa dan Netsanet Gudeta memecut ke hadapan. Keitany meninggalkan kedua pelari tersebut di  km 30 dan menerajui perlumbaan sehingga ke garisan penamat.

Jom kita baca 10 fakta menarik tentang pelari wanita hebat ini.

1. Keitany memegang rekod dunia terpantas dalam marathon.

Pada 23 April 2017 di London Marathon, Keitany mencipta rekod dunia baru bagi pelari marathon wanita, dengan catatan masa PB 2:17:01.

2. Catatan masa beliau di NYC 2018 adalah kedua terpantas dalam sejarah

Keitany mencatatkan masa 2:22:48 di NYC Marathon 2018, beberapa saat di belakang Margaret Okayo dengan catatan masa 2:22:31 dalam tahun 2003.

3. Beliau menjuarai NYC Marathon sebanyak empat kali.

Keitany menjuarai New York City Marathon tiga kali berturut-turut dalam tahun 2014, 2015 dan 2016. Nanum beliau kecundang di tangan (kaki?) Shalane Flanagan dalam tahun 2017. Pelari Norway, Grete Waitz adalah pelari wanita lain yang pernah memenangi marathon tersebut sebanyak empat kali.

4. Beliau mendapat tempat ke-21 dalam perlumbaan pertama yang pernah disertai

Kemenangan bukanlah sesuatu yang mudah bagi Keitany. Perlumbaan pertamanya adalah larian percuma Shoe4Africa 10K dalam tahun 2006. Hanya pemenang tempat pertama sehingga ke-20 mendapat hadiah wang tunai, cuba bayangkan perasaan kecewa Keitany apabila beliau mendapat tempat ke-21.

5. Tempat kelahirannya adalah di Kabarnet, Baringo County, Kenya.

Terletak di wilayah Rift Valley, Kabarnet adalah sebahagian daripada kawasan pedalaman Afrika. Pada mulanya, Keitany mengambil bahagian dalam lumba lari di sekolah untuk bersuka-suka sahaja. Beliau bertambah serius dalam larian dan menyertai Hidden Talent Academy dalam tahun 2002.

6. Beliau adalah sebahagian daripada “Fantastic Four.”

Beliau adalah salah satu daripada kumpulan empat ahli pelari Kenya, di samping Edna Kiplagat, Florence Kiplagat and Priscah Jeptoo) yang dijangka menang besar dalam London Marathon 2015. Namun, dalam perlumbaan sebenar, ia dimenangi oleh pelari Ethiopia, Tigist Tufa.

7. Keitany mendapat latihan di Addidas Camp, Kenya.

Anda boleh temui Keitany di kem ini. Beliau berlatih dua kali sehari dengan mileage mencecah 240km (150 batu) seminggu untuk persediaan perlumbaan.

8. Beliau bercucuk-tanam di Kenya semasa kecil.

Ibubapa Keitany bekerja sebagai petani yang menanam pelbagai sayuran, jagung dan kacang. Mereka juga membela lembu. Selepas tamat sekolah rendah, Keitany bekerja selama setahun di ladang orang tuanya.

9. Suaminya juga seorang pelari Kenya.

Beliau mempunyai dua orang cahaya mata, Jared dan Samantha, dengan suaminya Charles Koech. Semasa mengandung, Keitany berhenti latihan pada bulan ketiga, tetapi meneruskan latihan larian selepas kandungannya mencapai enam bulan.

10. Keitany menaiki kapal terbang buat pertama kali ketika umurnya 24 tahun.

Pada umur 13, Keitany melihat kapal terbang buat pertama kali dalam hidupnya dan bercita-cita untuk menaiki kapal terbang ke destinasi baru. Sebelas tahun kemudian, impiannya menjadi kenyataan apabila beliau terbang ke Sepanyol untuk mengambil bahagian dalam acara half marathon dalam tahun 2006.

Sumber: Women’s Running

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!