Kimbeley Yap, bekas atlet kebangsaan yang mengharumkan nama negara dengan dua pingat emas dalam temasya sukan SEA telah melancarkan sebuah buku autobiografinya berjudul “But My Grace” baru-baru ini.
Buku ini mengimbas perjalanan hidup Kimbeley sebagai perenang, pelari, pelumba basikal dan triatlet; dipenuhi dengan gambar eksklusif dan wawancara dengan orang-orang yang mempengaruhi hidupnya.
Bangkit selepas kemalangan jalanraya yang hampir meragut nyawanya dua tahun lepas, Kimbeley berharap agar buku ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai terutamanya atlet muda dan kanak-kanak yang cuba untuk mengatasi rintangan dalam hidup mereka.
1) Apakah sebab utama anda menerbitkan buku ini?
Ramai yang memberi dorongan untuk membukukan kisah hidup saya. Jadi, pada hari lahir tahun lepas, saya mengambil keputusan untuk menjadikan buku ini sebagai hadiah kepada mereka. Saya harap buku ini dapat memberi inspirasi dan memperkasakan semua golongan wanita.
2) Bagaimanakah anda menghabiskan masa sekarang?
Noel (suami saya) dan saya memiliki sebuah syarikat kecergasan. Dengan kepakaran dalam fisiologi dan sains senaman, saya mengkhususkan khidmat saya untuk menolong wanita yang mempunyai kecederaan.
3) Siapakah sumber inspirasi anda?
Ibu saya, Amy Wong
4) Apakah pengajaran berguna yang anda perolehi sebagai seorang pelari/ triatlet?
Saya fikir pengajaran yang paling bernilai adalah sentiasa cekal dan tabah menghadapi cabaran yang mendatang.
5) Tip perlumbaan untuk dikongsikan
Berikan sepenuhnya apa yang anda perolehi semasa latihan ke dalam arena perlumbaan.
6) Apakah nasihat terbaik yang anda pernah terima.
Jangan mengambil mudah tentang apa sahaja.
7) Apakah produk kecantikan yang anda guna untuk tampak rapi di dalam dan di luar arena?
Tisu pengelap basah. Saya bawa ia ke mana sahaja!
8) Adakah anda akan kembali ke arena perlumbaaan?
Tidak. Kepentingan saya sudah berubah. Saya lebih suka meluangkan masa untuk menolong orang lain.
9) Apa rancangan seterusnya?
Cahayamata.
10) Pesanan buat peminat.
If you change the way you see things, the things you see will change.
“But By Grace” boleh dibeli secara online dengan harga RM60 di www.kimbeley.com (kos penghantaran percuma ke seluruh Malaysia)
Kimbeley akan menderma RM5 dengan penjualan setiap naskah kepada Yayasan OrphanCARE. Peranan utama yayasan tersebut adalah menyelamatkan bayi daripada dibuang, untuk diserahkan kepada keluarga angkat yang penyayang, selaras dengan moto yayasan iaitu ‘setiap anak memerlukan keluarga’.
Artikel asal dari http://runwitme.blogspot.my/