Home / Berita Terkini / Standard Chartered Marathon Singapura Berwajah Baru

Standard Chartered Marathon Singapura Berwajah Baru

SCMS 2016 Launch 3

Acara lumba lari terulung Singapura, Standard Chartered Marathon Singapore (SCMS) bakal berwajah baru dengan beberapa pembaharuan dari segi perlumbaan, badan amal baru dan Kids Dash di Orchard Road.

Pengarah Urusan penganjur acara Ironman Asia, Geoff Meyer mengumumkan pembaharuan di pelancaran SCMS Launch Roadshow. “Standard Chartered Marathon Singapore adalah acara larian yang terbesar di dalam sejarah Singapura dan kami teruja untuk memperbaharui pengalaman larian untuk meraikan ulang tahunnya yang ke15,” kata Meyer.

Antara pembaharuan utama adalah – Orchard Road bakal menjadi lokasi perlepasan bagi SCMS 2016 – acara Kids Dash pada 3 Disembar (Sabtu), dan kategori Marathon (42km) dan Separuh Marathon pada 4 Disember (Ahad).

Peserta-peserta Kids Dash 2016 bakal dilepaskan pada jam 6 petang di luar Ngee Ann City. Jalan Orchard akan ditutup bagi membolehkan ibubapa dan para penyokong menyaksikan 5,000 kanak-kanak berumur 13 dan ke bawah memakai topi Santa dan berlari di bawah lampu-lampu hiasan Krismas.

SCMS 2016 Launch 2

Sempena ulang tahun ke-15, SCMS akan memeterai perjanjian dengan Community Chest untuk tiga tahun lagi dan melantik Sharity sebagai duta acara amal. Sebagai mascot ikonik Community Chest, Sharity mempromosikan amalan “Caring and Sharing” dan mempertingkatkan keprihatinan golongan muda terhadap mereka yang kurang bernasib baik dalam kominiti.

Dalam program “Run for a Reason”, SCMS telah menyumbangkan lebih daripada S$270,000 kepada SportCares, sejak penubuhannya pada tahun 2012. Penaja utama Standard Chartered Bank juga telah mengumpul dana lebih S$350,000 untuk inisiatif amal antarabangsa, Seeing is Believing, dan beberapa badan amal yang berkaitan dengan penglihatan di Singapura. Lebih S$2.8 juta telah dikumpulkan melalui pelbagai platform amal SCMS untuk badan-badan kebajikan seperti Autism Association of Singapore, Breast Cancer Foundation, Community Chest, Club Rainbow dan GiveAsia.

SCMS 2016 Launch 7

Sebagai penghargaan kepada para pelari, penyokong dan sukarelawan SCMS, roadshow SCMS menampilkan pameran 4 hari di mana pengunjung boleh mengimbau memori dan menyaksikan memorabilia dari 14 perlumbaan yang lepas termasuk sumbangan dari duta perlumbaan dan penggemar larian yang setia serta kisah sukan lari, yang lama dan juga yang baru.

Penganjur juga memberikan 100 slot percuma dan 1,000 kemeja-T ulang tahun kepada orang ramai melalui aktiviti dan cabutan bertuah.

SCMS 2016 Launch 9

Pendaftaran SCMS 2016 telah dibuka. Yuran pendaftaran masih kekal pada harga tahun lepas. Pemegang kad Standard Chartered boleh mendapat potongan harga 15% off bagi semua kategori.

Untuk maklumat lanjut, sila layari

Laman Web Rasmi: www.marathonsingapore.com
Facebook: www.facebook.com/MarathonSG
Instagram: @MarathonSG
Twitter: @MarathonSG

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!