Home / Artikel Menarik / Jom Makan / DC Comics Super Heroes Café – Nikmat Hidangan Adiwira

DC Comics Super Heroes Café – Nikmat Hidangan Adiwira

DC_Superheroes_Cafe_009

Lari, lari juga. Makan, semestinya bagus! Di ruangan Jom Makan, kami ingin juga memperkenalkan tempat-tempat makan yang sedap-sedap selain daripida berkongsi resepi yang lazat serta berzat. Kali ini, kami ingin menampilkan DC Comics Super Heroes Café yang baru berusia sebulan lebih di pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.

Kafe ini adalah cawangan kedua di Lembah Kelang yang dibuka selepas cawangan di Sunway Putra Mall. Terletak bersebelahan dengan butik DC Comics, kafe ini menawarkan tempat bersantai sambil menikmati makanan atau minuman setelah penat membeli-belah.

DC_Superheroes_Cafe_011

Para penggemar DC Comics pastinya teruja mengunjungi kafe ini kerana bukan sahaja hiasan dalamannya bertemakan adiwira seperti Batman, Superman, Wonder Woman dan sebagainya, sajian yang ditawarkan turut menampilkan logo-logo adiwira kesayanagan ramai.

Ya! Menunya juga merupakan senaskah komik yang penuh dengan lukisan berwarna-warni. Luangkan masa untuk meneliti menu ini kerana pilihan makanan dan minuman yang ada pasti akan membuatkan anda rambang mata.

DC_Superheroes_Cafe_001

Konsep menu di cawangan Pavilion adalah berbeza dengan cawangan Sunway Putra Mall yang menghidangkan makanan yang lebih ringan seperti sandwich, pizza dan burger. Di Pavilion, makanan yang ditawarkan adalah hidangan lengkap buat makan tengahari atau malam seperti sup, appetiser, pasta, salad, ayam, daging dan sebagainya. Saiz hidangan adalah agak besar dan berbaloi dengan harganya.

DC_Superheroes_Cafe_006

Antara hidangan yang harus anda cuba adalah Suicide Cordon Bleu yang diilhamkan dari komik/ filem Suicide Squad. (Gambar di atas)

Hidangan ayam goreng empuk yang berintikan keju yang lembut memang meliurkan. Ia disajikan dengan dengan kentang lenyek, coleslaw dan sos lada hitam. (Harga: RM38)

DC_Superheroes_Cafe_008

Bagi yang sukakan ikan, cubalah Aquaman & Mera Sandwich Battle yang diperbuat daripada patty ikan, roti ciabatta, sayur-sayuran segar dan sos tar tar. (RM26)

DC_Superheroes_Cafe_004

From The Seas of Krypton – Chowder Hidupan Laut yang dihidangkan dalam mangkuk roti arang, lengkap dengan logo Superman! Memang sedap. Sup yang pekat yang lazat ini diserap sempurna oleh roti arang, menjadikan hidangan ini sangat istimewa. (RM29)

DC_Superheroes_Cafe_002

Menu minuman juga tidak kurang hebatnya, menawarkan minuman ringan, ice blended, shake, kopi dan teh yang dihidangkan dengan cara yang boleh dibanggakan oleh adiwira-adiwira. Contohnya seperti Wonder Float yang diinsiprasikan daripada watak puteri Amazon, Wonder Woman. (RM18)

Kepada yang gemarkan manisan, anda tidak dilupakan! Terdapat pelbagai kek dan manisan yang dihias dengan logo-logo adiwira yang cantik dan mesra-Instagram.

DC_Superheroes_Cafe_010

Tunggu apa lagi? Jom kita makan!

DC Comics Super Heroes Café
Lot 5.11 Level 5,
Pavilion KL
168 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
https://www.facebook.com/dcshmys/
https://www.instagram.com/dcshmys/

Check Also

Chef Naem Kongsi 3 Resepi Sihat Kentang USA

Share this on WhatsApp Anda kenal tak Chef Naem? Chef selebriti Muhammmad Naim Ramli, lebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!