Home / Berita Terkini / Vincent Mallang, Individu Paling “Tough” 2017

Vincent Mallang, Individu Paling “Tough” 2017

Vincent Mallang, R U Tough Enough 2017 Winner and also the Ultimate Winner of R U Tough Enough (2) - Copy

Kuala Lumpur, 28 November 2017 – KIX HD (Astro Channel 729), saluran utama untuk hiburan berbentuk aksi di Asia, telah mengumumkan keputusan R U Tough Enough?: The Ultimate Edition, dengan menobatkan Vincent Mallang, seorang pakar kecerdasan dan peminat parkour sebagai Individu Paling Gagah 2017 dalam pertandingan yang menyaksikan persaingan sengit antara 10 peserta akhir.

Dalam pertandingan ini, Mallang, anak kelahiran Bidayuh-Kayan nampaknya tidak serik yang dengan kecederaan yang pernak dialaminya termasuk patah pergelangan tangan disebabkan pergerakan parkour, kemudiannya bertanding dalam pusingan bonus bersama tiga bekas pemenang R U Tough Enough? tahun 2014 ke 2016 dan berjaya menjadi johan. Kemenangannya dalam pertandingan akhir menobatkan beliau sebagai Juara Utama R U Tough Enough?, dengan membawa pulang hadiah utama keseluruhan bernilai RM30,000!

Vincent Mallang crowned the 2017 Winner and also the Ultimate Winner of R U Tough Enough
Vincent Mallang dinobatkan sebagai pemenang 2017 dan juga Juara Utama R U Tough Enough? bersama (dari kiri) Shirley Cheong, Pengarah Eksekutif Pemasaran Celestial Tiger Entertainment; Junaidah Khan, Pembantu Kanan Naib Presiden, Perniagaan Pelanggan Inggeris, Astro; dan Peter Davis (paling kanan) Duta R U Tough Enough? 2017.

Di pertandingan peringkat akhir ini, keseluruhan ruang Orange Concourse di Sunway Pyramid dipenuhi dengan rintangan dan cabaran yang menguji kekuatan fizikal, ketahanan mental dan daya tahan emosi setiap peserta akhir.

Penonton menyorak sokongan kepada para peserta akhir, demi menaikkan semangat mereka ketika berjuang mencapai kejayaan. Ia kemudiannya bertukar menjadi sorakan kegembiraan setelah Mallang berjaya mencapai semula genggamannya pada tali dalam acara terakhir pusingan bonus apabila tangan beliau tergelincir, dan seterusnya beliau dinobatkan sebagai pemenang R U Tough Enough? 2017.

Vincent Mallang in action during one of the circuit challenges (2)

“Saya sentiasa yakin pada diri sendiri dan memenangi R U Tough Enough?: The Ultimate Edition pada tahun ini telah membuktikan saya mempunyai bakat terpendam,” kata Mallang. “Ia satu keistimewaan dan  penghormatan dapat bersaing dengan semua peserta akhir yang hebat kerana mereka memberi saingan yang amat getir! Kesimpulannya, saya percaya kegagahan seseorang bergantung kepada berapa kali anda sanggup bangkit semula walaupun ribuan kali mengalami kegagalan. Pada hari ini saya sungguh tabah dan amat berterima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan”.

“KIX HD menawarkan hiburan aksi tanpa henti kepada penonton setiap hari dan kini kita melihat kisah dan watak ini muncul di pertandingan akhir R U Tough Enough?. Kesemua mereka telah memperlihatkan kesungguhan, kekuatan dan kecekalan yang hebat contohnya juara kami, Vincent Mallang yang tidak putus asa dan telah melakukan usaha berani untuk bangkit semula walaupun beliau tergelincir sewaktu hampir mencapai kejayaan. Beliau benar-benar menonjolkan semangat R U Tough Enough? dan kami mengucapkan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini,” kata Shirley Cheong, Pengarah Eksekutif Pemasaran, Celestial Tiger Entertainment, Hong Kong.

KIX HD's R U Tough Enough 2017 top 10 finalists with the three R U Tough Enough past year winners

R U Tough Enough? ditaja oleh Fisherman’s Friend, gula-gula tekak yang kuat dengan faedah tambahan. Di antara rakan penaja rasmi lain adalah Berocca sebagai rakan prestasi rasmi, Celebrity Fitness Malaysia sebagai rakan kecergasan rasmi, dengan rakan kongsi Astro, penaja lokasi Sunway Pyramid dan rakan media Rojak Daily.

Dapatkan maklumat terkini tentang pertandingan melalui laman web www.KIX-TV.com atau saluran media sosial KIX HD termasuk Facebook: facebook.com/KIXAsia, Twitter: @KIXAsia, dan Instagram: @KIXAsia.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!