Home / Berita Terkini / Warga Emas Meninggal Dunia di Bentong Half Marathon 2017

Warga Emas Meninggal Dunia di Bentong Half Marathon 2017

 

jimmyliew2

Bentong, 16 Disember 2017 – Seorang warga emas yang menyertai acara larian Bentong Half Marathon, meninggal dunia ketika cuba menghabiskan larian antara Dataran Bentong ke Air Terjun Chamang, di sini hari ini.

Menurut portal Sin Chew Daily, Jimmy Liew, 71, meninggal dunia ketika berlari dalam kategori 21km.

Pemangku Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Zainuddin Abdul Hamid berkata, pelari yang berasal dari Kuantan jatuh di Jalan Chamang berhampiran Kampung Dabong di sini kira-kira pukul 9.20 pagi.

“Mangsa sampai ke air terjun Chamang dan berpatah balik untuk menghabiskan lapan kilometer larian sebelum jatuh.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan punca kejadian masih belum diketahui,” katanya di sini hari ini.

jimmyliew

Bentong Half Marathon disertai lebih 1,000 pelari dan dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Bentong.

Sumber: Sin Chew Daily dan Utusan Online.
Foto: FB Jimmy Liew

Check Also

PUMA Malaysia Lantik Muhaizar Mohamad, Yeow Ni Jia, Ahmad Sayuti & Naqib Haikal sebagai atlet PUMA

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 24 Mac 2025 – PUMA Malaysia melakar dimensi baharu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!