Dubai, 20 Januari 2017 – Warga Ethiopia, Tamirat Tola dan Worknesh Degefa menyapu bersih perlumbaan Standard Chartered Dubai Marathon hari ini apabila pelari kegemaran, Kenenisa Bekele terjatuh di garisan permulaan. Tola mengambil peluang untuk menjuarai acara marathon tersebut.
Bekele kecundang dalam percubaannya untuk memecahkan rekod dunia yang dipegang oleh Dennis Kimetto apabila beliau terjatuh beberapa meter selepas melewati garisan permulaaan. Pemenang tiga pingat emas Olimpik ini seterusnya ditinggalkan oleh pesaing-pesaing yang lain dan tidak dapat meneruskan larian di km 23 akibat kecederaan di bahagian betis kiri.
“Saya datang ke Dubai ini untuk melakukan sesuatu yang istimewa – tetapi ia tidak tercapai,” kata Bekele dengan nada kecewa. “Saya terjatuh dan tercedera di garisan permulaan. Saya cuba untuk teruskan larian tetapi tidak mampu untuk berbuat demikian. Saya harap saya dapat kembali ke Dubai untuk menunjukan apa kemampuan saya yang sebenarnya.”
Dengan pace yang laju sejak mula lagi, Tola memecahkan rekod Dubai Marathon dengan catatan masa 2:04:11, dua minit di hadapan pesaing senegara Mule Wasihun (2:06:46) dan Sissay Lemma (2:08:04).
“Saya mengekalkan pace yang laju sejak dari mula lagi,” kata Tola selepas menerima piala daripada HH Sheikh Mansour bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Pengerusi Dubai International Marine Club dan Julian Wynter, CEO Standard Chartered Bank, UAE. “Masa 15k (43.26) adalah terlalu laju tetapi apabila saya nampak Kenenisa ketinggalan di belakang, saya merasa lebih yakin. Saya gembita dengan kemenangan ini tetapi saya rasa saya mungkin boleh menamatkan larian di bawah 2.04”.
Di dalam kaegori wanita, pelari marathon kali pertama, Worknesh Degefa memenangi wang tunai $200,000 dengan catatan masa 2:22:36 — keempat terpantas dalam sejarah Dubai Marathon. Shure Demise mendapat tempat kedua (2:22:57) dan Yebrgual Melese di tempat ketiga (2:23:13).