Home / Berita Terkini / Slot STANDARD CHARTERED KL MARATHON Habis Dalam 4 Hari

Slot STANDARD CHARTERED KL MARATHON Habis Dalam 4 Hari

SCKLM_2017_001

Kuala Lumpur, 20 Januari 2017: Dirigo Events, pemilik dan penganjur Standard Chartered KL Marathon 2017 (SCKLM), hari ini mengumumkan bahawa pendaftaran bagi larian ditutup secara rasmi apabila semua slot individu telah habis dijual. Standard Chartered KL Marathon bakal dianjurkan buat tahun ke-9 pada Ahad, 21 Mei di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Kami merasa terharu atas sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terhadap Standard Chartered KL Marathon. Selepas tamat tempoh pra-pendaftaran untuk peserta tahun 2016, kami membuka pendaftaran kepada orang ramai pada 16 Januari dan semua slot habis dijual empat hari kemudiannya,” kata Rainer Biemans, Pengarah Dirigo Events dan Pengarah Projek SCKLM 2017. “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong setia yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada acara marathon ini dan kami akan menumpukan fokus kami untuk membawakan pengalaman larian yang terbaik tahun ini,” tambahnya lagi.

SCKLM_2017_004

Sejumlah 12,512 slot larian telah terjual pada hari pertama pendaftaran dibukapada hari Isnin, 16 Jan, iaitu satu-pertiga daripada jumlah besar slot yang sedia ada. Menurut Rainer, pendaftaran bagi marathon penuh dan separuh marathon habis lebih cepat berbanding dengan kategori 10km dan 5km.

SCKLM_2017_005

Para peserta boleh membuat persiapan dengan mengambil bahagian dalam 12 klinik larian yang bakal dianjurkan sempena Standard Chartered KL Marathon 2017, termasuk 5 klinik larian untuk kanak-kanak dan klinik larian istimewa untuk pelari pemula separuh marathon dan marathon penuh.

For more information and updates on SCKLM, please visit:
Facebook       : http://www.facebook.com/SCKLmarathon
Twitter            : www.twitter.com/SCKLmarathon
Instagram       : https://instagram.com/SCKLmarathon
Website          : www.kl-marathon.com

Check Also

10 Sebab Anda Harus Jadikan SUUNTO RACE S Sebagai Teman Berlatih, Berlumba & Recovery Anda!

Share this on WhatsApp Suunto baru-baru ini telah melancarkan Race S, versi lebih kecil dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!