Home / Berita Terkini / Sun Life Malaysia Bantu 2,000 Pelari Mulakan Tahun 2017 Yang Sihat

Sun Life Malaysia Bantu 2,000 Pelari Mulakan Tahun 2017 Yang Sihat

Sunlife_Run_003

Kuala Lumpur, 23 Januari 2017 – Kesihatan dan kerja amal terbukti menjadi kombinasi yang baik dalam edisi pertama acara larian, Sun Life Malaysia Shine Resolution Run di Padang Merbok, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lebih 2,000 pelari mula berkumpul di Padang Merbok seawal 5:30 pagi sebelum acara larian 12km dilepaskan pada jam 6:20pagi dan Larian Ceria 5km pada 7:00pagi. Dianggarkan lebih 700 pelari menyertai acara jarak 12km manakala bakinya dalam larian ceria 5km.

Ketika ditemui di Sun Life Malaysia Shine Resolution Run, Mr. Ooi Say Teng, Ketua Pengarah / Ketua Negara Sun Life Malaysia berkata, “Kami merasa sukacita apabila menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelari kompetitif dan rekreasi dalam acara sulung ini. Dalam acara ini, para pelari bukan sahaja menerapkan gaya hidup yang sihat malah juga dapat beramal.”

“Sun Life Malaysia dengan kerjasama Diabetes Malaysia dan HOPE Worldwide Malaysia dengan memberikan tajaan kewangan untuk pesakit diabetes dan program kesihatan untuk komuniti yang kurang berkemampuan sejak tahun 2014. Selain daripada menyumbang sebahagian daripada pungutan yuran pendaftaran dan juga penyamaan Ringgit-ke-Ringgit daripada Sun Life Malaysia, kami juga mengambil peluang untuk memperbaharui penajaan untuk kedua organisasi bagi tahun 2017,” katanya lagi.

Melalui acara Shine Resolution Run, kedua-dua organisasi kebajikan menerima sumbangan berjumlah RM257,000 untuk melaksanakan program-program 2017 mereka.

Sunlife_Run_002

Turut hadir di acara tersebut adalah Mr Kevin Strain, presiden Sun Life Financial Asia. Mr Strain yang juga mengambil bahagian dalam acara larian 12km berkata “Secara global, Sun Life adalah komited untuk meningkatkan kesedaran bagi mencecah diabetes dengan menggalakkan gaya hidup sihat. Berlari bukan sahaja satu senaman yang bagus malah terbukti dalam mencegah penyakit diabetes.”

Sun Life Malaysia Shine Resolution Run menawarkan hadiah yang tunai berjumlah RM10,400 dan piala kepada lima pemenang pertama dalam pelbagai kategori di bawah:

Sunlife_Run_001

Untuk maklumat lanjut tentang Sun Life Malaysia, sila layari www.sunlifemalaysia.com.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!