Kuala Lumpur, 6 Februari 2017 – Seorang pelari wanita yang dikenali sebagai Mia telah dilanggar oleh basikal di Pagi Bebas Kereta Kuala Lumpur (KL Car Free Morning) semalam. Sumber dipetik dari Instagram rakan kepada suami mangsa menyatakan bahawa wanita tersebut kini berada di Wad Kecemasan KPJ Ampang Puteri dan telah menjalani pembedahan kedua.
Difahamkan pembawa basikal yang melanggar wanita tersebut masih belum kenal-pasti. Sesiapa yang ada maklumat tentang kes ini, sila hubungi pihak yang berkuasa agar tindakan dapat diambil ke atas pembawa basikal yang langgar lari tersebut.
Update: Untuk mengumpul dana bagi Mia, sebuah larian amal akan diadakan oleh rakan-rakan larian pada 7 Feb 2017 (Selasa), 6 petang di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Rudy Irwan @ 016 3378079
Sumber berita: