Home / Berita Terkini / SNEAKERLAH, Pesta Sneaker Terbesar Malaysia Kembali Lagi

SNEAKERLAH, Pesta Sneaker Terbesar Malaysia Kembali Lagi

Sneakerlah_005

Kuala Lumpur, 18 September 2017 – Acara sneaker tersebar Malaysia, SneakerLAH yang dinanti-natikan kembali lagi buta kali ketiga. Pesta ini menawarkan kaki sneaker, penggemar pakaian jalanan, pengumpul dan peniaga satu peluang untuk membeli, menjual, tukar suka sama suka dan berkongsi apa jua tentang sneaker di bawah satu bumbung.

Tahun ini #SneakerLAH2017 bakal dilangsungkan di KL Convention Centre pada 7 & 8 Oktober dengan keluasan tapak 28,000 kaki persegi, menjadikan acara ini yang terbesar pernah dianjurkan.

Sneakerlah_004

Pesta ini bakal menampilkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik berkaitan budaya sneaker, fesyen gaya jalanan, gaya hidup, muzik dan banyak lagi. Tahun ini SneakerLAH bakal mempamerkan lebih 350 pasang sneaker edisi terhad. Sebuah ramp mini untuk penngemar papan peluncur juga akan disediakan.

Sneakerlah_001

Para pengunjung bakal mengetahui produk-produk baru daripada jenama antarabangsa seperti Vans, Reebok, dan Rastaclat. Terdapat juga 50 peniaga yang bakal menjual barangan yang berkaitan dengan sneaker. Pesta turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis tempatan seperti Airliftz, Zamaera, DJs Arabyrd, JHin dan ramai lagi.

Sneakerlah_002

Antara aktiviti-aktiviti lain yang bakal dianjurkan adalah pertandingan mengikat tali kasut, stesen customization sneaker Vans oleh SBTG, kawasan perdagangan sneaker dan panel dialog bersama personaliti dari industri sneaker seperti Daniel Kasidi (Pengasas Rastaclat), SBTG, Nelson Tan dari Sole What dan banyak lagi.

Sneakerlah_003

Tune Talk adalah Telco Rasmi Sneakerlah 2017 dan pelanggan Tune Talk akan mendapat keistimewaan seperti laluan masuk khas. Vespa bakal menawarkan dua buah motosikal S 125 untuk acara cabutan bertuah. Sneakerlah juga akan berkolaborasi dengan Rastaclat, Stoned & Co. dan Pantun Pins untuk menghasilkan barangan rasmi Sneakerlah yang boleh dibeli di pesta tersebut.

Sneakerlah_006

SneakerLAH
Tarikh: 7 & 8 Oktober 2017
Masa: 11:00 pagi sehingga 10:00 malam
Yuran masuk: RM10 (Pra-jualan); RM15 (Di pintu masuk); RM40 (VIP: Masuk 1 jam lebih awal sebelum acara dimulakan + lanyard SneakerLAH bernilai RM30)
Lokasi: Hall 6, KL Convention Centre, Kuala Lumpur.
Untuk pembelian tiket, sila layari : https://www.sneakerlah.com
Untuk pertanyaan, sila emel: [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/sneakerlah/
Instagram: https://www.instagram.com/sneakerlah/

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!