Semakin hari,semakin ramai orang yang meminat aktiviti berlari. Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh juga adalah antara selebriti yang “terjebak” dengan aktiviti berlari. Bercakap kepada #jomkitalari, Noh berkongsi cara beliau meredakan tekanan kerja dengan berlari. Aktiviti sihat yang dimulakan kira-kira dua tahun lalu kini turut disertai para peminatnya melalui acara larian santai #latenightselfierun.
“Pada mulanya, saya mengajak fans untuk spend time dengan saya dengan #latenightselfierun. Jarak larian pertama yang saya buat adalah half marathon (21km), dari Ampang ke KLCC. Ada yang terpaksa panggil Uber atau mak untuk mengambil mereka di tengah jalan. Ada yang give up.”
“Menjelang sesi yang seterusnya, ada yang kembali. Ada yang datang dari Shah Alam, Klang Putrajaya, Cyberjaya dan sebagainya. Semakin ramai yang dari tidak pernah berlari menjadi minat untuk menyertai larian.”
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai #latenightselfierun, anda digalakkan ikuti akaun Instagram Noh Salleh dengan hashtag #latenightselfierun untuk mengetahui bila acara yang berikutnya akan dilangsungkan. Tempat berkumpul adalah di perhentian bas di Kelab Darul Ehsan Ampang dan larian biasanya bermula selepas jam 10 malam.
Bila ditanya adakah isterinya, Mizz Nina turut meyertainya untuk berlari, Noh berseloroh, “Ustazah tu berzumba di rumah.”
Noh ditemui di Bengkel Larian Media bersama Under Armour #RunWithFight baru-baru ini, di mana beliau turut diperkenalkan sebagai salah satu influencer untuk produk-produk terbaru Under Armour.

Sebagai influencer, Noh berpeluang untuk mencuba kasut terbaru, UA Charged Bandit 3. Menurut Noh, dia gemar akan kasut ini kerana ia membuatkannya berlari dengan lebih laju. Bandit 3 direka khusus untuk menyerap impak larian serta mengembalikan tenaga ketika berlari sekali gus memberikan keselesaan kepada si pemakai.
“Saya rasa tenang dan seronok setiap kali berlari. Aktiviti ini bukan sahaja untuk jalani cara hidup sihat malahan untuk stamina ketika buat persembahan,” cerita Noh yang juga baru sahaja menamatkan sesi jelajah promosi album ‘Angin Kencang’ di empat lokasi di serata Malaysia.
Album baru Noh yang berjudul ‘Angin Kencang’ kini di pasaran. Ia memuatkan enam lagu repackaged dan tiga lagu baru iaitu ‘Sarawak’, ‘Mr.Polia’ dan ‘Renjana’. Konsep bagi album ini menjurus ke arah irama pop retro telah dipilih oleh Noh kerana ini adalah suatu sisi muzik Noh yang mungkin hanya dapat direalisasikan secara solo.
Teristimewa buat peminat setia Noh, album ‘Angin Kencang’ edaran Warner Music (M) ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Yonder Music serta KKBox.
Jangan lupa ikuti Noh Salleh di akaun Instagram @mohammadnohbinsalleh untuk mengetahui tarikh #latenightselfierun yang akan datang.
#jomkitalari