Home / Berita Terkini / Muhaizar Naik Pangkat Atas Kecemerlangan dalam Sukan

Muhaizar Naik Pangkat Atas Kecemerlangan dalam Sukan

muhaizar mohamad

Kuala Lumpur, 26 September 2017 – Pelari Marathon Negara, Muhaizar Mohamad telah dinaikkan pangkat ke Staf Sarjan di satu majlis yang telah dilangsungkan di Wisma Perwira semalam. Anggota Gerak Khas dari Rejimen 21 Komando tersebut telah mengharumkan nama negara di mana beliau telah berjaya menamatkan kemarau pingat di dalam acara Marathon Sukan SEA dengan meraih pingat gangsa untuk Malaysia selepas 44 tahun.

Kenaikan pangkat ini adalah di atas prestasi beliau yang cemerlang di dalam acara sukan yang berprestij itu sekaligus mengharumkan nama rejimen 21 Komando yang terkenal sebagai Pusat Kecemerlangan Atlet Sukan Lasak Tentera Darat. Kejayaan beliau telah membuktikan keupayaan pasukan mendokong usaha bagi melahirkan atlet-atlet Tentera Darat yang bersemangat waja dan tidak kenal menyerah.

Sumber gambar: FB

Check Also

Adidas Lancar Butik ‘Home Of Originals’ di The Campus Ampang

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 30 April 2026 – adidas membawakan Home of Originals …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!