Home / Berita Terkini / SHAMROCK RUN Eratkan Hubungan Malaysia – Ireland

SHAMROCK RUN Eratkan Hubungan Malaysia – Ireland

Shamrock Run 2017 Main

Kuala Lumpur, 23 Mac 2017 –  Persatuan Alumni Pelajar Ireland di Malaysia akan menganjurkan Larian Shamrock 2017 pada hari Ahad, 7 May 2017 di DPulze Shopping Center, Cyberjaya, Selangor.

Larian ini dianjurkan untuk kali ketiga setelah penganjuran pertamanya pada 2014. Larian adalah tidak kompetitif, bertujuan untuk menerapkan nilai kesihatan dan kebersamaan untuk bersama rakan dan keluarga.

Hadiah akan diberikan kepada peserta yang berpakaian menarik melambangkan kebudayaan Malaysia dan Ireland beserta motif Shamrock. Setiap peserta akan diberikan T-Shirt Larian, nombor larian dan pingat penamat yang menarik.

Pelancaran MIAA Shamrock Run 2017 telah di sempurnakan oleh Duta Besar Ireland ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Eamon Hickey yang menyaksikan sokongan padu Kedutaan Ireland di Malaysia serta Jabatan Luar Negara dan Perdagangan Ireland. Turut hadir di pelancaran tersebut adalah Pengarah Urusan O’Briens Irish Sandwich Café Malaysia, Brian Pua dan Hafidz Zihim, Presiden Persatuan Alumni Malaysia Ireland.

Larian Shamrock 2017 dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pelajar Ireland dengan kerjasama Kedutaan Besar Ireland di Malaysia dan di sokong oleh O’Briens Irish Sandwich and Café.

Kategori larian adalah untuk 10 km Terbuka Lelaki dan Perempuan bagi yang berumur 12 tahun keatas dengan pelepasan larian pada pukul 7.30 pagi. Kategori kedua adalah untuk 5km Terbuka Lelaki dan Perempuan bagi yang berumur 5 tahun keatas dengan pelepasan larian pada 7.35 pagi. Keluarga beserta anak-anak dengan kerusi tolak (Stroller) digalakkan mengambil bahagian untuk kategori 5km. Laluan akan melalui pemandangan indah Cyberjaya.

Pendaftaran boleh dilakukan secara online melalui: www.event.howei.comievent/shamrock. Yuran penyertaan adalah RM60 untuk 10km dan RM50 untuk 5km.

shamrock run

Untuk maklumat lanjut, sila email ke [email protected] dan rujuk laman Facebook: MIAA Shamrock Run atau hubungi Encik Redza di 012-268 7053 atau Encik Hafidz di 012-6908307

Foto ihsan: Actionpix Malaysia

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!